Monday, March 16, 2009

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76

Posted by UPP DPMZ On 7:07 PM No comments


26 Mac-Mengadakan mesyuarat atau berbincang merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh Baginda s.a.w. pada hayatnya. Walaupun Baginda s.a.w merupakan Nabi dan Rasul, Baginda s.a.w tetap berbincang dengan para sahabat Baginda s.a.w selagi mana tiada wahyu atau perintah dari Allah. Demikian ditegaskan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 atau Ijtimak Umumi kali ini. Majlis yang berlangsung di Nadi Riyadhi, Madinah Nasr itu dihadiri lebih 700 orang perwakilan dan pemerhati.
Majlis perasmian bermula sekitar jam 8 pagi sebaik sahaja para perwakilan mengambil tempat. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Ustaz Husni Ali Hasan yang juga Yang Dipertua BKAN Melaka. Sebelum ucapan perasmian, Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM (MSP) dan Muktamar HEWI PMRAM (MHP), Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana serta pihak yang menjayakan MSP dan MHP kali ini.
Selepas ucapan perasmian, Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar telah melancarkan gimik parsmian dengan menarik tali kain rentang yang tertera "Kita PMRAM" serta melancarkan buku tulisan Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad bertajuk "Khilaf Adab dan Disiplin" serta terjemahan Nihayatul Sul oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang disumbangkan untuk Tabung Dana Apartmen (Syaqah) PMRAM.Muktamar kali ke-76 ini telah berlangsung dengan penuh tenteram dengan muhasabah seta cadangan serta perbahasan usul bagi memantapkan kepimpinan PMRAM pada sesi baru.Majlis ini berakhir pada pukul 8 malam.

0 comments:

Sahabat