Sunday, August 2, 2009

Bicara Pengerusi : Selamat Menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16

Posted by UPP DPMZ On 5:20 AM No comments

Iftitah kalam dengan setinggi syukur kepada Allah SWT atas peluang yang diizinkan oleh Allah bagi meneruskan agenda perjuangan suci menegak kalimah agama Allah di atas muka bumi ini. Kuntuman selawat buat murabbi agung sepanjang zaman, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat seterusnya para duat amilin dalam memartabatkan Islam.

Masa begitu pantas berlalu, sedar mahupun tidak, kita sudah melangkahkan kaki ke gerbang MAT kali ke-16. Sepanjang sesi DPMZ 2008/2009 kita telah berjaya merencana dan menjalankan berbagai agenda program kearah pentarbiyahan ahli, thaqafah, ukhwah dan peningkatan ekonomi DPMZ. Semuanya adalah untuk memastikan survival perjuangan Islam terus mekar di hati mahasiswa Islam yang menuntut ilmu di bumi yang penuh barakah ini.

Sahabat sahabiah yang dikasihi,

Saya dan rakan-rakan AJKT DPMZ sesi ini mengharapkan kita sama-sama dapat menggembelengkan kekuatan dalam apa jua cara sekalipun samada dari sudut ilmu, salur tenaga, pemikiran, dan kebajikan dalam memastikan survival kesatuan ini terus utuh. Janganlah meminggirkan diri dalam kelangsungan dakwah ini. Kita bukanlah generasi pencetus, tetapi kita adalah generasi penyambung risalah dakwah ini. Walau siapapun kita, kita tetap buruh kepada perjuangan Islam. Sumbanglah dari sudut mana yang kita boleh bantu, jadikanlah tangan-tangan kita ini sebagai pembantu kepada dakwah Nabi bukan kepada pemecah yang boleh merobek kesatuan Islam ini.

Sahabat sahabiah yang dihormati,

Usia DPMZ sudah mencecah 16 tahun, dan merupakan nadi kekuatan kepada revolis perjuangan PMRAM di bumi Mesir ini. Lantaran itu, kita hendaklah menjadikan ilmu dan tarbiyah sebagai pemandu kepada perjuangan Islam ini. Tanpa ilmu dan tarbiyah, tidak ada yang akan terjadi dan kita tidak dapat mewujudkan sesuatu apa pun.

Sahabat sahabiah yang disayangi,

DPMZ sesi 2008/2009 bakal menutup tirainya pada 4hb Ogos 2009. Dan kita akan menyaksikan wajah-wajah kepimpinan baru pula untuk memimpin serta menyambung tugas yang telah diamanahkan oleh generasi perintis. Sesungguhnya, amanah ini merupakan satu taklifan bukan satu tasyrifan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16 akan menyaksikan medan muhasabah serta cadangan bagi melihat keutuhan DPMZ dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa di sini. Semoga MAT kali ini berjalan dengan lancar. Saya mewakil seluruh saff AJKT sesi 08/09 memohon jutaan kemaafan jika terdapat kekurangan serta kelemahan sepanjang perjalanan DPMZ sesi pentadbiran ini. Sirru a’la barakatillah…

Salam perjuangan…

Mohd Faizzudin Ghazali
Pengerusi DPMZ Sesi 2008/2009

0 comments:

Sahabat