Tuesday, March 9, 2010

Ahli DPMZ Meriahkan Hari Pertama Festival Zagazig 2010

Posted by UPP DPMZ On 12:45 PM No comments

 Meriah.... Hari Pertama Festival Zagazig 2010 mendapat sambutan menggalakkan

DEWAN DARUL WEHDAH, 8 MAC 2010/22 RABIUL AWWAL 1431H : Festival Zagazig 2010 bermula dengan Majlis Perasmian yang disempurnalan oleh Presiden PMRAM Us Abdul Muizz Mohammad.Majlis bermula pada jam 5.00 petang dan dihadiri oleh sekitar 70 orang ahli DPMZ.Majlis dimulakan dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Us Azizuddin Abd Aziz dan para hadirin seterusnya menyanyikan lagu rasmi PMRAM iaitu "Untukmu PMRAM" dengan penuh bersemangat.Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi DPMZ Us Muhammad Hanif Jamaluddin yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada 4 Mac yang lalu.
          
          Presiden PMRAM di dalam ucapannya memberitahu para hadirin bahawa PMRAM serta cawangannya di seluruh Mesir akan terus menerapkan manhaj Islam di dalam setiap program yang diadakan.Beliau juga memberitahu para hadirin bahawa kebajikan yang ingin diberi oleh PMRAM bukanlah dari segi material semata-mata akan tetapi dalam bentuk thaqafah, tarbiyah, dan ukhuwwah adalah sebahagian daripada kebajikan yang ingin diberikan oleh PMRAM.Selain itu, beliau juga menggesa seluruh ahli supaya menjadikan PMRAM sebagai wadah kesatuan bagi seluruh anak Melayu di bumi Mesir.Us Abdul Muizz Mohammad kemudiannya menyempurnakan gimik perasmian dengan menekan kekunci sebuah komputer riba yang menayangkan tayangan elektronik mengenai Festival Zagazig 2010.

          Bazar dibuka semula selepas itu dengan menawarkan sajian menarik daripada para peniaga seperti nasi kerabu, nasi minyak ayam percik, nasi lemak ayam, nasi pilaf dan pelbagai jenis makanan ringan seperti senna samosa, kek,sate dan sebagainya.Pengisian ilmiah bermula pada jam 7.30 malam dengan tajuk "Kefahaman, Kesedaran, Tuntutan Dan Praktikal" oleh Us Zahid Abu Bakar.Slot bersama Us Salman Maskuri telah diganti dengan slot "Sedetik Bersama BP" oleh Us Nik Rosdi Nik Jusoh.Us Salman Maskuri tidak dapat hadir pada saat akhir atas sebab-sebab tertentu.

          DPMZ berharap seluruh ahli dapat menjadikan program ini sebagai medan meneguhkan ukhuwwah dan menyeru seluruh ahli untuk bersama-sama menjayakan Festival Zagazig 2010.Jika anda ingin menyumbang untuk memantapkan lagi perjalanan program ini sila hubungi Us Muhammad Zuhaili (0119361541), Dr Farhan Murtza (0117394134) dan Dr Nur Husna Samat (0117621034).

Bersamamu PMRAM..... Presiden PMRAM berkenan untuk merasmikan Festival Zagazig 2010
Ramai..... mahasiswi tidak ketinggalan menyertai pengisian ilmiah 
Bertuah..... Dr Safwan Saad memenangi cabutan bertuah yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM Us Nik Rosdi Nik Jusoh

Semua faham?..... Us Zahid Abu Bakar sedang menyampaikan pengisian untuk para ahli

0 comments:

Sahabat