Saturday, March 20, 2010

Festival Zagazig 2010 Menaut Ukhuwwah Ahli DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 8:48 PM No comments

Juara..... Rumah Hijau yang diketuai oleh Ustaz Hazri Sarman menjadi juara keseluruhan bagi Festival Zagazig 2010

DEWAN SAHRUL LAYALI, AHAD, 14 MAC 2010 : Malam Penutup Festival Zagazig 2010 telah diadakan di sini dan dihadiri sekitar 250 ahli DPMZ.Majlis bermula pada jam 7.45 malam dengan penyampaian ceramah yang bertajuk "Dakwah Non Muslim " oleh Ustaz Muhammad Mujahid Muhammad Fadzil.Beliau banyak menceritakan tentang kaedah berdakwah kepada golongan bukan Islam serta tipu daya dan dakyah yang ingin menghancurkan Islam pada masa kini seperti gerakan kristianisasi dan liberal.

          Selepas itu, pengacara majlis iaitu Ustaz Wizan Akbar Ali dan Ustaz Hidayat Khalid menjemput Dr Syafiq Paridin selaku Penasihat OPZ untuk membuat pengumuman mengenai Jawatankuasa Pemilih Perubatan Cawangan Zagazig.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada para pemenang bagi Malam Kesenian Islam.Dr Zubir dari Rumah Kuning telah menyampaikan sajak yang bertemakan perjuangan Palestin.Naib Juara Drama, Rumah Putih pula mempersembahkan sebuah pentomen yang bertajuk "Situasi" yang berkisar tentang karier bola sepak seorang ahli DPMZ bernama "Iker" lakonan Ustaz Dzulnawawi Munawer.

          Juara Nasyid, Rumah Kuning juga turut mempersembahkan 2 buah lagu pada malam tersebut yang bertemakan ukhuwwah.Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan dengan penyampaian hadiah untuk pemenang acara pertandingan serta cabutan bertuah.Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Penasihat I DPMZ, Ustaz Rosdi Latif.Kumpulan nasyid In-Saff pula memberikan persembahan penutup istimewa kepada para hadirin.DPMZ mengucapkan terima kasih kepada para ahli serta barisan AJK Pelaksana yang telah memberikan komitmen sepanjang program ini berlangsung.Semoga ukhuwwah yang disemai dapat berkekalan selamanya.

Semangat..... Ustaz Mujahid Fadzil menyampaikan ceramah dengan baik
Khusyuk..... para hadirin sedang menikmati pengisian yang sedang disajikan

Emosi..... Juara Sajak, Dr Zubir mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan

Ketua Terbaik..... ketua rumah kuning, Ustaz Firdauz Zamzurri dinobatkan sebagai ketua terbaik keseluruhan

Paling bergaya..... Ustaz Anas Kamaruddin memenangi anugerah "Peserta Paling Kemas" pada malam penutup Festival Zagazig 2010

Pengerusi DPMZ 4 Zaman..... Mantan Pengerusi 2006/07 Us Zaidan Abu Samah (kanan), 2007/08 Us Mumtaz Harun, 2008/2009 Us Faizzudin Ghazali dan 2009/10 Us Hanif Jamaluddin

0 comments:

Sahabat