Assalamualaikum wbt. Segala puji pujian bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, para tabi' tabi'in dan sahabat-sahabat seperjuangan yang menegakkan kalimah Allah hingga ke hari akhirat kelak.
Sejak kebelakangan ini kita telah dilanda dengan pelbagai isu yang menyentuh senstiviti kita selaku mahasiswa di bumi anbiya ini. Diantaranya :
Pertama : Isu fitnah terhadap Pengerusi DPMT. Isu ini telah kita suarakan kebersamaan kita dalam menyelar tindakan tidak bertanggungjawap seorang pegawai JPMK iaitu Encik Khairi Jalaluddin dan menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi Tanta di atas fitnah yang telah dilemparkan.
Kedua : Isu lewat kenaikan nama pelajar pengajian qiraat di Mansurah dan Syoubra yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan juga menjadi persoalan. Mengapa fail mereka masih tidak diterima sedangkan telah lama diisi? Kita sekali lagi menggesa agar pihak berwajib ( terutamanya JPMK ) dapat memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan masalah ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.
Ketiga : Isu perpindahan pelajar wafidin di muhafazah ke Kaherah. Saya telah diajukan banyak persoalan mengenai isu ini. Berikut sedikit penjelasan dari usaha yang telah dijalankan diperingkat Zagazig.
- 23 April 2010 - Perbincangan dengan Rais Indonesia. Natijahnya terdapat doktor kuliah yang mengatakan mengenai perpindahan ke Kaherah namun ianya tidak pasti.
- 24 April 2010 - Pertemuan dengan wakil Amid Kuliah ( Amid tiada ) dan Mudir Kuliah Lughah. Natijah : tiada sebarang kenyataan atau surat rasmi menyatakan akan perpindahan ini.
- Pertemuan dengan Mudir Kuliah Usuluddin. Natijah : Mudir Kuliah menunjukkan kepada saya dan Ust Azmil Asyraf ketetapan (qarar) yang telah ditetapkan oleh pihak Jamiah Azhar Pusat mengenai perpindahan seluruh pelajar wafidin ke Kaherah bermula sesi 2010/2011. Namun kata beliau penetapan ini masih diperingkat perbincangan dan tidak pasti akan dilaksanakan.
- 27 April 2010 - Pertemuan kedua dengan wakil Amid Kuliah lughah. Beliau menelefon terus ke pejabat Jamiah Azhar Kaherah, dan jawapan yang diterima tiada sebarang arahan rasmi mengenai perpindahan ini.
Sehubungan dengan itu saya bersama barisan AJKT DPMZ menyeru kepada semua mahasiswa azhar untuk tidak terkesan dengan masalah ini dan terus memberikan fokus yang terbaik dalam misi memburu mumtaz pada imtihan yang akan menjelma tidak lama lagi. Sebagai seorang mahasiswa azhar jadikan isu ini sebagai satu pemangkin untuk terus membuktikan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Namun begitu dalam masa yang sama merasakan bahawasanya isu ini sebagai isu kita bersama dan perlu diperjuangkan bersama.
Kami barisan AJKT PMRAM Cawangan Zagazig akan berusaha dan merancang bagi memastikan perpindahan ini tidak berjaya dilaksanakan, di samping itu kami juga mengharapkan seluruh mahasiswa mahasiswi Zagazig sekalian dapat memohon doa kepada Allah S.W.T serta melakukan solat hajat agar perancangan ini tidak berjaya sekiranya ia adalah yang terbaik untuk kita semua.
Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua dan menempatkan kita bersama insan-insan yang diberikan kenikmatan di Akhirat kelak.
"KEMANTAPAN FIKRAH,MEMBINA SYAKHSIAH"
Muhammad Hanif Bin Jamaluddin.
Pengerusi PMRAM Cawangan Zagazig
Sesi 2009/2010
0 comments:
Post a Comment