Saturday, May 1, 2010

Berita PMRAM : Hisbah Dibincang Bersama Dengan PPMI

Posted by UPP DPMZ On 9:43 PM No comments


KAHERAH, 27 April - Pihak PMRAM telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama pihak PPMI di kediaman Wisma Nusantara, Rab'ah. Perjumpaan rasmi tersebut diadakan bagi kunjung hormat sempena pimpinan baru PMRAM dan membincangkan beberapa perkara di antara 2 persatuan wakil negara. Pihak PMRAM diketuai oleh Saudara Zuhaili Saiman (Timbalan Presiden), Saudara Adlan Mokhtaruddin (Naib Presiden 1), Saudara Azlan Alias (Naib Presiden II). Saudara Farkhan Md Zin (Naib Presiden III), Saudara Ahmad Taufiq Dahlan (Setiausaha Agung) dan Firdauz Noh (Bendahari Kehormat). Di dalam pertemuan tersebut 2 isu sempat dibincangkan bersama iaitu berkaitan masalah sosial di kalangan mahasiswa/wi Malaysia dan Indonesia dan isu yang membabitkan perpindahan mahasiswa/wi wafidin di muhafazah ke Kaherah.


Dalam masalah sosial tersebut, Saudara Adlan sempat bertanyakan mengenai peristiwa hitam yang menimpa ke atas seorang warganera Indonesia baru-baru ini. Peristiwa tersebut dipandang serius oleh pihak PPMI dan Kedutaan Indonesia. Pihak PPMI kini kerap memberikan maklumat dan taklimat berkenaan keselamatan terutama bagi mahasiswi yang ingin keluar di waktu malam. Apa yang diberitahu bahawa, pihak PPMI kini turut mengambil inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak PMRAM iaitu dengan memperkenalkan sistem musyrif bagi mahasiswi yang keluar di waktu malam. Walau bagaimana pun sistem tersebut masih belum digunakan sepenuh kerana masih baru diperkenalkan.

Saudara Azlan Alias sempat membincangkan isu yang membabitkan perpindahan mahasiswa/wi wafidin di muhafazah ke Kaherah. Pihak PPMI memberitahu bahawa berita tersebut agak mengejutkan pihak kedutaan Indonesia di sini. Mengenai isu ini, pihak PMRAM dan PPMI akan mengkaji secara dalam dan akan dibawa perbincangan di antara seketeriat Asia Tenggara bagi mencapai kata kesepatan sebelum dibawa kepada tindakan yang seterusnya.

Di akhir pertemuan tersebut, Saudara Zuhaili Saiman menyerahkan sedikit hadiah kenang-kenangan daripada pihak PMRAM sebagai tanda hubungan baik bersama pihak PPMI. 

sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat