Wednesday, October 2, 2013

Makluman Keselamatan di Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 3:33 PM 1 comment


Assalamualaikum wbt…

Makluman kepada semua mahasiswa/wi Pengajian Sains Kesihatan (warga Malaysia di Zagazig) yang sedang menghadapi peperiksaan ulangan (dhur thani) di Universiti Zagazig dan kadang kala ada berlakunya perhimpunan aman selepas sesi peperiksaan berjalan.

Pihak DPMZ menasihati kepada kalian yang menghadiri peperiksaan sila tingkatkan tahap keselamatan diri ketika berada di dalam universiti. Di sini pihak DPMZ menggariskan beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi oleh seluruh warga Malaysia di Zagazig :-

1. Sentiasa membawa dokumen pengenalan diri samaada passport, kad pelajar, kad EME atau kad PMRAM jika keluar daripada kawasan penempatan.

2. Tidak dibenarkan untuk menghampiri mana-mana perhimpunan aman yang berlaku di dalam universiti mahupun di luar universiti.

3. Pulang terus ke rumah selepas berurusan di universiti (seperti menduduki peperiksaan dsb)

4. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di mana anda berada.

5. Mematuhi makluman dan pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh DPMZ dari masa ke semasa.

6. Sekiranya berlaku sebarang permasalahan hendaklah sila hubungi terus kepada saudara Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah, Pengerusi DPMZ di talian +201146787583.

DPMZ mengharapkan agar semua mahasiswa/wi Malaysia di Zagazig sentiasa peka dan tenang dalam menghadapi sebarang situasi yang berlaku serta mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa. Bersama kita doakan supaya keadaan di Mesir kembali seperti sediakala.

Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

 

Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah,

Pengerusi,

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig

Sesi 2013/2014

1 comments:

Salam...
Bagaimanakah keadaan di zagazig sekarang..?
Hal ini demikian kerana saya berkemungkinan akan ke sana pada bulan september 2014 nanti...

Sahabat