Berdisiplin.... Perwakilan Zagazig bersedia sebelum bermulanya sesi muktamar
Sesi muhasabah kepimpinan PMRAM telah bermula pada jam 9.00 pagi.Seluruh perwakilan memberikan tumpuan terhadap sesi ini dengan baik.Sesi perbahasan usul muktamar bermula pada jam 4.30 petang. Usul pertama dibawa oleh perwakilan Selangor iaitu Us Firdaus Mazlan yang berjudul "Mendesak pihak berwajib meningkatkan peranan dan integriti dalam menangani sebarang bentuk tindakan terhadap isu mahasiswa secara serius dan adil". Semua perwakilan sebulat suara bersetuju seratus peratus dengan usul yang dibawa ini.
Usul kedua telah dibawa oleh Timbalan Presiden PMRAM, Us Shahrizan Hazime yang berbunyi "Menggembur gerak kerja hisbah dalam membanteras gejala sosial melalui tindakan berikut : (1) Menggesa pihak berwajib (JPMK dan KBMK) untuk bertindak lebih serius dalam membanteras gejala sosial (2)Mewujudkan penguatkuasaan hisbah di seluruh cawangan PMRAM".Para perwakilan membahaskan isu ini dengan panjang lebar kerana ianya adalah isu yang amat penting.Usul ini juga telah diterima dengan sebulat suara.Sesi cadangan telah dibuka kepada seluruh perwakilan pada jam 7.30 malam.
Sesi perbahasan ucapan dasar Presiden PMRAM pula telah bermula pada jam 8.30 malam dengan bertemakan "Kemantapan Syakhsiah Membina Fikrah".Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM (SPR), Us Rafzan Razak telah mengumumkan calon-calon yang telah menang pada pemilihan Badan Pengurus PMRAM pada jam 11.00 malam.DPMZ mengucapkan tahniah kepada seluruh calon yang menang termasuk 2 ahli DPMZ iaitu Us Muhd Faizzudin Ghazali dan Us Muhd Alhidayat Khalid.
Perwakilan Zagazig telah diumumkan sebagai DPM Terbaik dan Perwakilan Terbaik pada muktamar kali ini.Perwakilan Perak pula diumumkan sebagai BKAN Terbaik.DPMZ sebagai salah sebuah cawangan PMRAM mendoakan Presiden PMRAM, Us Shahrizan Hazime serta seluruh saf kepimpinan PMRAM yang baru dapat menerajui PMRAM dengan lebih baik dan mendapat keredaan Allah.
Bersedia..... Perwakilan Zagazig sedang menanti sesi muktamar dimulakan
Semangat..... Perwakilan Zagazig antara yang tiba awal untuk bermuktamar
0 comments:
Post a Comment