Sunday, October 3, 2010

DPMZ Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan DPD–PPMI

Posted by UPP DPMZ On 8:44 PM No comments



ZAGAZIG, 28 September 2010 - Satu pertemuan di antara wakil DPMZ dan wakil DPD telah diadakan di Dewan Darul Wehdah pada pukul 9.15 malam. 
 
                 Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang AKJT DPMZ yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi DPMZ Sesi 2010/2011, Saudara Muhamad Zuhaili Zanal Ali, Pengerusi Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ), Saudara Abdul Hadi Muhd Zuki bersama Ketua DPD-PPMI Zagazig Sesi 2010/2011, Saudara Saif Ramadhan Hasan Basri dan beberapa orang Pengurus DPD.

                 Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan beberapa perkara dan isu bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di bumi Zagazig. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah mengenai isu perumahan, isu pendidikan dan isu keselamatan ahli. Beberapa persetujuan juga telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak untuk dilaksanakan di peringkat persatuan masing-masing.

                 Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Penasihat 1 DPMZ, Saudara Rosdi Latif dan Penasihat (BPD) DPD, Saudara Tofan Januardi. Dalam ucapan penutup, kedua mereka melahirkan rasa syukur di atas hubungan baik yang terjalin antara dua pihak walaupun konflik yang sedang melanda antara kedua buah negara . Mereka juga berharap agar hubungan baik dan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan di masa akan datang agar anak-anak Malaysia dan Indonesia yang berada di sini dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai.

0 comments:

Sahabat