Thursday, October 14, 2010

Jaulah Ilmiah Kaherah Mengimbau Keagungan Tamadun dan Sejarah Islam

Posted by UPP DPMZ On 12:55 AM No comments


KAHERAH, 6 Oktober 2010 : Seramai 106 orang mahasiswa dan mahasiswi telah turut serta dalam menyertai dan menjayakan Jaulah Ilmiah Kaherah yang telah dianjurkan Unit Sambutan dan Rehlah DPMZ 10/11.

            Dengan bertemakan "Menyelusuri Keagungan Tamadun Islam", para peserta telah dibawa melawat dan menziarahi tempat-tempat bersejarah yang pastinya mengimbau kembali zaman kegemilangan Islam. Antaranya Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Sultan Hassan, Maqam Imam Syafie, Masjid Azhar dan banyak lagi tempat-tempat menarik dan bermanfaat kepada para peserta.

            Dalam perjalanan pulang para peserta sempat ditanya mengenai perasaan dan pengalaman yang dilalui sepanjang jaulah tersebut.Apabila ditanya,salah seorang peserta menyatakan rasa kagum dan tersentuh  tatkala melihat keagungan dan kehebatan sejarah ketamadunan Islam dengan mata mereka sendiri dan berharap agar diberi peluang untuk menyertai lawatan dan rombongan yang akan datang.

            Jaulah tersebut turut diringi pasangan Saudara Ahmad Zaidan Bin Abu Samah dan isteri beserta dua orang musyrif dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang merupakan taakhi bagi DPMZ, Saudara Mohd Khairul Anwar Bin Tajuddin bersama Saudara Muhammad Khaidir Bin Hamizan.


























0 comments:

Sahabat