DPMZ MENYATAKAN KEKESALAN TERHADAP TINDAKAN AGENSI MEDIC MESIR YANG AKAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN MAHASISWA DI TANTA
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita terus menjadi khalifah di muka bumi ini. Selawat dan salam juga kepada junjungan mulia Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Situasi terkini yang berlaku kepada rakan seangkatan kita di Tanta amat membimbangkan. DPMZ menyatakan rasa kesal terhadap apa yang boleh disifatkan sebagai tindakan yang menyusahkan keberadaan mahasiswa Malaysia di bumi Tanta yang dilakukan oleh agensi Medic Mesir (MM). Isu ini timbul apabila agensi Medic Mesir tidak mengendahkan nasihat DPMT supaya pihak mereka tidak mengadakan program di markaz yang berasingan kerana ianya bertentangan dengan qarar (peraturan) mabahis amni daulah iaitu pihak keselamatan Mesir yang menyatakan bahawa mahasiswa Malaysia hanya boleh mempunyai sebuah markaz sahaja.
Keadaan tersebut bertambah buruk apabila wakil Medic Mesir enggan bekerjasama dengan pihak DPMT. Justeru, DPMZ menyokong kenyataan Pengerusi DPMT di dalam laman rasmi DPMT ( www.edpmt.org) untuk mengecam tindakan agensi tersebut kerana ianya jelas mengancam keselamatan mahasiswa kita di sini. Kita perlu sedar kerana walaupun Mesir adalah sebuah negara darurat tetapi kita masih diberi peluang untuk belajar di sini. Oleh itu, peluang yang terhidang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menunjukkan bahawa kita adalah warga yang baik dengan mematuhi peraturan negara ini. DPMZ juga menyeru seluruh pihak yang terlibat memikirkan mengenai akibat buruk atau baik daripada tindakan yang dilakukan. Janganlah kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Muhammad Zuhaili Zanal Ali,
Pemangku Pengerusi DPMZ,
Sesi 2010/2011.
0 comments:
Post a Comment