Friday, October 8, 2010

SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU KE BUMI ‘KUDA PUTIH’

Posted by UPP DPMZ On 10:39 PM No comments



ZAGAZIG, 30 September 2010 – Sebuah program telah diadakan di Dewan Darul Wehdah untuk memperkenalkan mahasiswa baru kepada bumi Zagazig dan beberapa faktor keselamatan yang perlu diberi penekanan di sini.
Program anjuran Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) yang diberi nama Majlis Tautan Ukhuwah dan Mahabbah (M2M) itu juga bertujuan memberi penerangan mengenai DPMZ dan PCZ.
Antara slot-slot menarik yang disajikan antaranya slot mempelajari Bahasa Arab Amiyyah yang disampaikan oleh Saudara Muhd Mumtaz Harun, taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Zaidan Abu Samah dan slot bersama pimpinan PCZ yang menerangkan serba sedikit mengenai persatuan masing-masing serta program yang dijalankan.
Turut diselitkan di dalam proram tersebut ialah ramah mesra bersama AJKT DPMZ dan wakil DPD-PPMI Zagazig yang hadir, Saudara Saif Ramadhan Hasan Basri selaku Ketua DPD-PPMI bersama Penasihat (BPD) DPD-PPMI, Saudara Tofan Januardi yang menerangkan tentang kesepakatan yang telah dibuat antara persatuan tersebut bersama DPMZ .
Di penghujung program sempat diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang perlawanan futsal Riadah Aidilfitri 2010 yang berlangsung semalam.
DPMZ berharap seluruh mahasiswa baru yang menyertai program ini mendapat manfaat dan panduan untuk meneruskan kehidupan di Zagazig.
























0 comments:

Sahabat