Tuesday, May 10, 2011

Kempen Bulan Solat Medan Tingkatkan Ibadat

Posted by UPP DPMZ On 9:27 PM No comments

Perasmi menerima cenderahati daripada pihak DPMZ

ZAGAZIG, 9 Mei - Hidup dalam suasana solehah yang kita idamkan selama ini lama-kelamaan semakin memudar dalam kehidupan seharian kita. Dalam usaha untuk mengembalikan dan memelihara biah solehah di bumi Zagazig, pihak DPMZ telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan 'Kempen Bulan Solat' di sepanjang bulan Mei ini.


Justeru, pada malamnya telah diadakan majlis pelancaran kempen tersebut yang telah dirasmikan oleh Badan Pengurus Angkat Zagazig yang baru, Saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi yang juga merupakan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011 yang turut hadir bersama seorang lagi BP Angkat Zagazig, Saudara Ibrahim Bin Ani yang merupakan Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM 2011.


Sepanjang kempen tersebut, DPMZ mengajak seluruh ahli untuk memperkukuh kembali solat harian yang merupakan pasak agama Islam dengan solat di awal waktu dan berjemaah. Moga-moga dengan terjaganya amalan solat kita seterusnya dapat memandu dan memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syara'.

Bersempena musim peperiksaan ini juga seluruh ahli diseru agar terus menjaga hubungan dengan Allah dan memohon bantuan dariNya dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik tempat pergantungan. Semoga dengan kejayaan kita menjadi bukti dan lambang kemegahan Islam di mata dunia.

0 comments:

Sahabat