Manusia sudah pastinya akan punya impian, harapan dan keinginan. Tetapi adakah kita sudah berusaha ke arah itu? Apakah kita sudah memohon, meminta dan menyampaikan hajat kita itu kepada Yang Maha Mendengar? Dan adakah cukup doa itu hanya di tikar sejadah semata-mata?
Kadang-kala kita hanya berdoa ketika dan selepas solat. Itupun masih ada di antara kita yang tidak punya masa untuk diperuntukkan selepas solat bagi menadah tangan dan memohon segala hajat kita padahal sudah tentu terlalu banyak yang kita inginkan dalam dunia ini yang masih belum kita kecapi.
Kita sering lupa tika kita perlukan sesuatu, merasa sedih dan sakit dengan dugaan dunia, dan tertekan dengan masalah pelajaran dan sebagainya, sudah pasti ada Yang Maha Kuasa untuk kita mengadu segala-galanya.
Namun, ramai daripada kita yang lebih kerap mengharapkan bantuan dan bimbingan daripada selainNya. Bila kita sedih, kita harap akan ada mak ayah atau sahabat yang menghiburkan kita. Bila kita sakit juga begitu. Jarang kita rasakan Allah tempat kita bergantung harap sepenuhnya.
Mungin di bibir,ya. Dialah segala-galanya tetapi hakikatnya kita masih kurang berharap kepadaNya. Seolah-olah kita masih kurang meyakini kemampuan dan kekuasaanNya untuk kita bergantung.
Tidaklah dinafikan sokongan dan dorongan orang-orang di sekeliling kita juga amat penting sebagai pembakar semangat dan penguat jiwa dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Cuma kita perlu sedar dan yakin bahawa segalanya kita hadapi kini semuanya dari Allah. Maka sudah pasti segala penyelesaian bagi segala kekusutan ada padaNya.
Paling penting, kita perlu mengharapkan agar setiap atur langkah dalam hayat kita ini sentiasa dalam pimpinan dan redhaNya. Tiada guna kejayaan dalam pelajaran dan pekerjaan, harta, pangkat serta segalanya yang kita punya andai tanpa bimbingan dan redhaNya.
Sama-sama kita harapkan agar setiap detik hayat dan gerak langkah kita mendapat pimpinan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Landasan itu bukan laluan, tetapi sekadar lintasan. Allah jualah sebaik-baik pembimbing jalan.

0 comments:
Post a Comment