Monday, June 6, 2011

Berita Tergempar : Rumah Ahli DPMZ Diceroboh!

Posted by UPP DPMZ On 3:01 PM 3 comments

Gambar hiasan
ZAGAZIG, 5 Jun 2011 –  Mahasiswa Zagazig dikejutkan dengan 2 kes kecurian yang berlaku di rumah mahasiswa dan mahasiswi Zagazig. Kedua-dua kes berlaku di Salam.


Kronologi kes pertama : Mangsa seorang mahasiswa didatangi oleh warga Mesir kira-kira jam 7 pagi. Kemudian warga Mesir telah menawarkan khidmat menukar gas kepada mangsa. Mangsa telah menolak pelawaan warga Mesir tersebut dengan baik dan terus beredar ke bilik air tanpa memastikan suspek tersebut telah beredar dari imarah tersebut. Setelah mangsa keluar dari bilik air, mangsa mendapati telefon bimbit “smartphone nokia E72 di dalam bilik telah hilang.

Kronologi kes kedua : Mangsa seorang mahasiswi bergegas untuk ke universiti kerana peperiksaan. Kemudian, mangsa terlupa sesuatu di rumah dan berpatah balik ke rumah. Apabila tiba di hadapan pintu pagar rumah kelihatan seorang warga Mesir berada di hadapan pintu rumah. Mangsa menyangka suspek tersebut datang untuk membaiki enjin air yang rosak di dalam rumah. tanpa berfikir panjang mangsa telah membuka pintu dan suspek masuk ke dalam rumah serta terus ke dapur dan membuka gas. Warga Mesir tersebut kemudiannya mengeluarkan gas dan meletakkannya di luar. Suspek masuk semula ke dapur dan mangsa terus mengambil barang yang tertinggal sebentar tadi. Selepas diminta oleh mangsa yang ingin cepat ke universiti suspek telah keluar dan mengambil tong gas serta melatakkannya di atas basikal dan terus pergi.

           Mangsa yang tergesa-gesa terus ke universiti dan setibanya di sana mangsa terfikir mengenai suspek yang mengambil tong gas tersebut. Sehari sebelum kejadian, mangsa telah memaklumkan kepada baba (tuan rumah) mengenai enjin air yang rosak dan baba telah memanggil muhandis (mekanik@tukang paip) untuk membaiki enjin air tersebut. Baba datang dengan muhandis dan membaiki enjin air tersebut di luar pengetahuan Unit Perumahan DPMZ. Setelah selesai mencabut enjin air untuk dibaiki baba memaklumkan kepada mangsa untuk datang keesokan harinya. Disebabkan perkara tersebut mangsa menyangka suspek yang datang pada pagi itu adalah warga Mesir yang dihantar oleh baba untuk membaiki enjin air tersebut.

           DPMZ meminta seluruh ahli untuk lebih berhati-hati terhadap mana-mana warga Mesir yang datang ke rumah. Dilarang membuka pintu kepada warga Mesir yang datang tanpa sebarang tujuan. DPMZ juga menggesa mahasiswi untuk menghubungi Unit Perumahan DPMZ jika mempunyai sebarang urusan perumahan dengan warga Mesir kerana kes jenayah berkaitan dengan kehadiran warga Mesir ke rumah mahasiswi pernah berlaku sebelum ini. DPMZ tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada ahli terutamanya mahasiswi. Seluruh ahli diminta untuk menjaga keselamatan diri dan mematuhi etika keselamatan yang telah ditetapkan kerana bilangan kes jenayah terhadap mahasiswa Malaysia sudah semakin meningkat setiap bulan. Jangan sudah terhantuk, baru tergadah.
  
Mendokong Kebajikan PMRAM



3 comments:

pembetulan: nset yg dicuri tu adalah smartphone nokia E72

Salam...Alfi syukran pd DPMZ atas sumbangan yg diberi...Semoga Allah memberkati & membalas usaha baik kalian...

Sahabat