Monday, August 29, 2011

Forum Apa Selepas Ramadhan- Peransang Terus Istiqamah Dalam Beribadah

Posted by UPP DPMZ On 6:09 AM No comments


ZAGAZIG, 29 Ogos 2011- Penghujung Ramadhan telah disemarakkan lagi dengan pengajuran forum bertajuk "Apa Selepas Ramadhan" yang telah dilaksanakan dengan jayanya  di bawah program Raudhah Ramadhan anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ bertempat di Dewan Darul Wehdah pada petang semalam.



Pihak DPMZ telah menjemput dua orang panelis yang tidak asing lagi di bumi Mesir iaitu Saudara Shahrizan b. Mohd Hazime (Mantan Presiden PMRAM) dan isteri beliau Saudari Hurriyah bt Abd Mokti di bawah kendalian Saudara Dzulnawawi b. Munawer sebagai moderator.

Antara intipati yang dapat dicungkil dari kalam kedua panelis tersebut ialah sejarah pendokong-pendokong islam dan sirah Baginda Rasulullah S.A.W dalam memperjuangkan agama islam secara total meskipun dalam bulan ramadhan.

Turut juga diselitkan nasihat-nasihat agar sentiasa bersama persatuan dalam usaha menyuburkan lagi syiar Islam dan dalam masa yang sama mengambil inisiatif berpesatuan sebagai medan mentarbiah diri dan melatih diri menjadi seorang pemimpin yang bewawasan.

Forum yang berlansung hampir dua jam itu banyak memberi input penting buat semua mahsiswa/wi supaya terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah yang dilakukan dalam bulan ramadhan sebelum ini meskipun ramadhan kian melabuhkan tirainya tidak lama lagi.


0 comments:

Sahabat