Sunday, August 28, 2011

Imtihan Qobul- Kekal Syarat Utama Kemasukan Al-Azhar

Posted by UPP DPMZ On 4:34 AM No comments






KAHERAH, 27 Ogos - Peperiksaan kelayakan (Imtihan Qobul) masih lagi menjadi syarat utama bagi pelajar - pelajar baru yang bakal memasuki Universiti Al-Azhar pada tahun ini.



Imtihan qobul tersebut yang bermula sejak tahun 2009 masih lagi akan diadakan di Universiti Al-Azhar, Mesir.  

Pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, telah pun mengedarkan contoh soalan imtihan qobul kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Ia sebagai langkah persediaan dan pendedahan awal buat semua bakal mahasiswa Al-Azhar menduduki peperiksaan sebenar kelak.

" Kita akan memberikan maklumat terbaru dari semasa ke semasa mengenai perkembangan isu pendidikan di bumi Mesir " ujar Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.


(Sumber Berita: http://www.pmram.org/v2/index.php)

0 comments:

Sahabat