Friday, August 26, 2011

Majlis Berbuka Puasa Wafidin Bersama Profesor Dr. Ghazali- Seribu Rahmat Di Penghujung Ramadhan

Posted by UPP DPMZ On 11:59 PM No comments


ZAGAZIG, 26 OGOS 2011- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah dijemput untuk bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Profesor Dr. Ghazali di Karf el- Zend pada petang tadi.



Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Usuluddin Dakwah Universiti Al- Azhar Zagazig turut mengundang pelajar-pelajar wafidin dari negara lain antaranya Indonesia, Thailand, dan juga Sudan. dianggarkan seramai 200 orang pelajar wafidin seluruh zagazig hadir bersama-sama berbuka puasa di kediaman beliau.

                                     
Peluang ini digunakan sebaiknya bagi segenap Mahasiswa wafidin di seluruh Zagazig merapatkan ukhuwah sesama sendiri di samping beramah mesra bersama Profesor Dr. Ghazali sendiri. Saban tahun beliau menjemput dan meraikan Mahasiswa-mahasiswa luar mesir untuk bersama-sama berbuka puasa di kediamannya.

Ini merupakan satu fenomena yang menarik bagi seluruh mahasiswa wafidin beramah mesra tanpa mengenal bangsa dan warna kulit selain mencari keberkatan ramadhan yang hampir sampai ke penghujungnya.

                       Pengerusi DPMZ bergambar kenangan bersama Profesor Dr.Ghazali

0 comments:

Sahabat