Tuesday, August 16, 2011

Raudhah Ramadhan Terus Memperkasakan Ilmiah Selain Beribadah

Posted by UPP DPMZ On 1:15 AM No comments


ZAGAZIG, 15 Ogos 2011 - Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang telah sampai pada pertengahan kemuncaknya, pihak DPMZ di bawah program Raudhah Ramadhan sekali lagi telah melaksanakan satu program berbentuk ilmiah iaitu ceramah yang bertajuk "Ramadhan dan Perjuangan" oleh penceramah yang tidak asing lagi di bumi Zagazig  iaitu Saudara Muhammad Mumtaz Harun pada petang tadi di Dewan Darul Wehdah.



    Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Saudara Hashif Hamzah dan kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Saudara Mumtaz harun selaku mantan pengerusi DPMZ sesi 2007/2008. 

 tekun mendengar ceramah yang berkisarkan perjuangan 

   Dalam muqadimah ceramah tersebut, beliau lebih menekankan tentang aspek perjuangan utama sebagai seorang manusia iaitu perjuangan menentang hawa nafsu, dan menjadikan Ramadhan ini sebagai medan mentarbiah diri dari melakukan perkara maksiat dan kemungkaran.Beliau berpesan kepada semua hadirin supaya sentiasa bersedia, berani dan sedia berkorban jika ingin perjuangan yang menatijahkan  kejayaan kelak.

Mahasiswi juga hadir bersama menjayakan program 

    Selain itu, beliau turut menceritakan kisah-kisah perjuangan Mujahidin Moden Islam dalam peperangan mempertahankan maruah islam yang patut dicontohi serta diteladani oleh pemuda-pemuda islam masa kini. Sedikit sebanyak beliau turut menceritakan Sirah Nabi dalam dalam berjuang semasa peperangan Badar Al-Kubro yang perlu di ambil iktibar dan sebagai suntikan semangat demi untuk memartabatkan kalimah ALLAH  di muka bumi ini.
   
    Di akhir ceramahnya beliau sempat berpesan kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi di Zagazig supaya sentiasa melatih diri agar berani dan menjadi seorang pemimpin. Bukan bertujuan untuk mendabik dada, akan tetapi sebagai pendorong diri supaya terus maju kehadapan. Pada akhir program semua hadirin telah dijemput  ke Pejabat DPMZ untuk majlis berbuka puasa (Iftar Jama'i) di bawah kelolaan AJK pelaksana Raudhah Ramadhan di bawah anjuran DPMZ.

     cenderahati disampaikan oleh Pengerusi Dpmz Saudara Muhamad Zainullah

0 comments:

Sahabat