Friday, August 19, 2011

Ujian Ramadhan - Saudara Abd Hakim Mohd Suhimin Dilaporkan Stabil

Posted by UPP DPMZ On 7:35 PM No comments


ZAGAZIG, 19 Ogos 2011 - Seorang ahli DPMZ, Saudara Abd Hakim Mohd Suhimin dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan akibat Appendix yang dialaminya baru-baru ini. Beliau juga dilaporkan beransur pulih dan telah ditempatkan di Hospital Hamdi Syed, Mauqif Mansurah di Bilik 605.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ)  dilaporkan baru selesai mengerjakan Umrah di tanah Suci Makkah. Pengerusi DPMZ, Saudara Muhamad Zainullah Mohd pauzi telah meluangkan masa  menziarahi beliau sebagai tanda prihatin terhadap ahli pada petang semalam.


Pihak DPMZ di bawah Unit Kebajikan dan Kemanusian membuka seluas-luasnya untuk semua ahli yang ingin memberi sumbangan  kepada beliau, dan sebarang bentuk sumbangan boleh diserahkan terus kepada Saudara Muhamad Nasuha Zakariah selaku Timbalan Setiausaha merangkap Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ.


Seluruh barisan AJKT DPMZ dan ahli mengucapkan takziah kepada beliau dan mendoakan agar beliau segera pulih seperti sediakala. Semoga dengan ujian yang menimpa beliau di bulan yang penuh berkat ini dapat menguatkan lagi semangatnya dan menjadikan beliau seorang insan yang kuat dan tabah menjalani ujian sebagai seorang muslim.

0 comments:

Sahabat