Wednesday, August 17, 2011

Kesan Desakan Membuahkan Hasil

Posted by UPP DPMZ On 7:47 PM No comments



KAHERAH, 17 Ogos - Isu seorang mahasiswi perubatan Universiti Ain Syams Saudari Hamisah binti Hashim yang terpaksa menanggung kos pembayaran yuran pengajian ulangannya telah dapat diselesaikan oleh pihak yang terbabit.



Setelah isu ini mendapat liputan meluas dalam media, akhirnya telah menatijahkan hasil apabila kos yuran ulangan yang perlu ditanggung tidak perlu dijelaskan oleh beliau.

Sekaligus ini membuktikan isu ini mula mendapat perhatian apabila desakan daripada PMRAM dan BKASM juga turut serta bersama dalam isu ini PERUBATAN mendesak agar Encik Khairi bin Jalalluddin bertindak sepertimana dalam bidang kuasanya selaku Pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Egypt [ EME ].

PMRAM mengharapkan agar Encik Khairi akan lebih mengambil peka tentang pengurusan mahasiswa samada diperingkat pengajian Islam dan perubatan agar tidak berulang insiden seperti ini lagi.

" Kebersamaan PMRAM ,BKASM dan PERUBATAN dalam menangani isu ini membuktikan senstiviti mahasiswa dalam membela hak dan maruah agar tidak mudah diperjudikan oleh mereka yang tidak amanah dalam melaksanakan tugas" ujar Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM ketika ditemui semalam.

" Kewujudan EME adalah bertujuan untuk memudahkan urusan mahasiswa dan menjadi pengantara yang baik  untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan mahasiswa, maka perlu diingat dasar dan objektif keberadaan EME di Mesir agar pengurusan dan pentadbiran yang berjalan tidak tersasar daripada matlamatnya yang asal" tambah beliau lagi.KAHERAH, 17 Ogos - Isu seorang mahasiswi perubatan Universiti Ain Syams Saudari Hamisah binti Hashim yang terpaksa menanggung kos pembayaran yuran pengajian ulangannya telah dapat diselesaikan oleh pihak yang terbabit.

Setelah isu ini mendapat liputan meluas dalam media, akhirnya telah menatijahkan hasil apabila kos yuran ulangan yang perlu ditanggung tidak perlu dijelaskan oleh beliau.

Sekaligus ini membuktikan isu ini mula mendapat perhatian apabila desakan daripada PMRAM dan BKASM juga turut serta bersama dalam isu ini PERUBATAN mendesak agar Encik Khairi bin Jalalluddin bertindak sepertimana dalam bidang kuasanya selaku Pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Egypt [ EME ].

PMRAM mengharapkan agar Encik Khairi akan lebih mengambil peka tentang pengurusan mahasiswa samada diperingkat pengajian Islam dan perubatan agar tidak berulang insiden seperti ini lagi.

" Kebersamaan PMRAM ,BKASM dan PERUBATAN dalam menangani isu ini membuktikan senstiviti mahasiswa dalam membela hak dan maruah agar tidak mudah diperjudikan oleh mereka yang tidak amanah dalam melaksanakan tugas" ujar Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM ketika ditemui semalam.

" Kewujudan EME adalah bertujuan untuk memudahkan urusan mahasiswa dan menjadi pengantara yang baik  untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan mahasiswa, maka perlu diingat dasar dan objektif keberadaan EME di Mesir agar pengurusan dan pentadbiran yang berjalan tidak tersasar daripada matlamatnya yang asal" tambah beliau lagi.

(Sumber: PMRAM)

0 comments:

Sahabat