Saturday, September 24, 2011

Kemenangan Pertama Isyarat Fokus Misi Bawa Pulang Piala MASCUP "11 Ke Bumi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 9:59 PM No comments



TAJAMMU' AWAL, 24 September 2011- Pembukaan MASCUP '11 pada tahun ini telah dimulakan dengan perlawanan  pembukaan antara pasukan Badan Pengurus PMRAM dan YDP/Pengerusi pada awal pagi tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.


Lain pula cerita perlawanan tumpuan  pasukan KUDA PUTIH FC merupakan wakil daripada DPM Zagazig yang menentang pasukan SABAH pada petang tadi.

Tuah memihak kepada pasukan Kuda Putih kerana berjaya menewaskan pasukan dari Sabah dengan jaringan 2-0.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain licik skuad Kuda putih iaitu Saudara Muhammad Alif Ahmad Maher, manakala gol ke dua disumbangkan oleh pemain skuad Sabah sendiri (own goal).

Tahniah diucapkan kepada skuad Kuda putih dan diharapkan kemenangan hari ini dapat memberi suntikan semangat buat semua pemain supaya terus fokus untuk membawa pulang piala MASCUP '11 ke bumi ZAGAZIG pada tahun ini.

Berikut adalah keputusan semua pelawanan pada hari ini :

Pulau Pinang vs Melaka (0-2)
Damanhur vs Pahang (0-4)
Terengganu vs Shoubro (0-1)
Negeri 9 vs Perak (1-1)
Perlis vs Tanta (1-0)
Mansurah vs Serawak (2-0)
Sabah vs ZAGAZIG (0-2)
Selangor vs Johor (0-0)
Dumyat vs Perubatan2 (1-1)
Kedah vs Wilayah Persekutuan (0-0)
Kelantan vs Pulau Pinang ( tunda esok)

0 comments:

Sahabat