Friday, September 23, 2011

Mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Kenangan

Posted by UPP DPMZ On 10:53 PM No comments



KAHERAH , 21 Sept - Satu nadwah penting telah dianjurkan oleh Rabithah 'Alamiah Likharijiy al-Azhar dengan kerjasama Ittihad Syabab wal Ansor al-Azhar bagi memperingati mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali pada 18 September yang lalu.


Nadwah tersebut diadakan di Qa'ah Syeikh Muhammad Abduh, Universiti al-Azhar, Kaherah.
Nadwah Thaqafiah tersebut membincangkan berkenaan tajuk "Syeikh Muhammad al-Ghazali wa Juhuduhu fi Da'wah al-Islamiyah".

Ia diadakan sempena untuk memperingati kelahiran Syeikh Muhammad al-Ghazali pada 22 September, seorang muffakir agung yang banyak menyumbangkan idea ke arah perkembangan ilmu dalam dunia Islam khususnya.

Antara ulama' dan pemikir Islam yang hadir dalam nadwah tersebut antaranya adalah Rois Jami’ah al-Azhar, Dr Usamah el-'Abd, Syeikh Hassan Syafie, Dr Muhammad 'Imarah, Dr Abdul Mun'iem Abul Futuh, Dr Ahmad Umar Hashim, Syeikh Usamah Sayyid al-Azhari, Dr Mahyuddin Afifi dan ramai lagi.

Ucapan permulaan disampaikan oleh Dr Abdul Mun'iem Abul Futuh, Setiausaha Agung Ittihad al-Athba' Arab.

Beliau membicarakan pemikiran syeikh yang sepatutnya menjadi ikutan kepada generasi sekarang dalam mengharungi kehidupan dunia yang semakin mencabar.

Dr Muhammad ‘Imarah seorang pemikir Islam pula menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai tokoh ulama mujaddid dalam pemikiran Islam pada masa kini, terdapat dalam diri dan pemikirannya methodologi pengetahuan Islam yang menggabungkan nas dan akal di samping ilmu-ilmu semasa.

Beliau menyifatkan, Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja sekadar pendakwah tetapi sebagai penyuluh kepada generasi Islam pada masa kini.

Dr Ahmad ‘Umar Hashim, Rektor Universiti al-Azhar ketika membicarakan berkenaan Syeikh Muhammad al-Ghazali, beliau menyifatkan syeikh sebagai seorang mujaddid yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam pemikiran dan ijtihadnya. Beliau menyeru generasi muda kini mencontohi manhajnya dalam kehidupan mereka.

Ternyata sekiranya kita meneliti idea-idea yang dilontarkan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali melalaui karya-karya beliau, kita akan dapati beliau sebagai seorang yang mempunyai pemikiran bernas, perkataan yang lembut, kefahaman yang mendalam bagi maqasid agama dan pandangan yang ideal dalam kebangkitan umat.

Beliau meninggal dunia dalam keadaan berjuang pada jalan Allah dan semoga menjadi contoh teladan buat generasi selepasnya.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat