Sunday, October 2, 2011

Kenyataan Rasmi SMATT Berhubung Karikatur Utusan Persenda Hudud

Posted by UPP DPMZ On 1:52 AM No comments


KAHERAH, 2 Okt - Conference SMATT (Solidariti Mahasiswa Islam Timur Tengah) yang telah berlangsung pada 29 September yang lalu ekoran bagi membincangkan isu karikatur Utusan yang mempersendakan hudud.
Hasil perbincangan yang dilakukan, beberapa perkara telah dipersetujui : -

1- SMATT sesekali tidak setuju dan redha ke atas sebarang unsur yang menghina Islam.

2- SMATT melihat karikatur Utusan yang berkaitan hudud adalah satu persendaan terhadap hudud yang merupakan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.

3- SMATT kesal terhadap pihak Utusan Malaysia kerana ini merupakan kali kedua isu karikatur yang diterbitkan mencetuskan kontroversi terhadap sensitiviti Islam dan boleh memecahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

4- SMATT mewakili suara mahasiswa Malaysia di Timur Tengah, mendesak agar pelukis meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi perkara tersebut.

5- SMATT juga mendesak pihak Utusan Malaysia dikenakan tindakan tata tertib ekoran keculasan dalam memantau etika dalam penerangan sebagai surat khabar kerana boleh menimbulkan fitnah.

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Mohammad Hussin Mohd Fauzi
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)

Muhammad Hazuanuddin Sofian
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS)

Fakhruddin
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Morocco (PMMM)

Mohd Firdaus Hj Atan
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA)

Mohd Fazlii Shafiee
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
(PMMS)

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat