Tuesday, December 27, 2011

DPMZ Ucap Tahniah Dan Takziah Buat Seluruh Bakal Kepimpinan PMRAM Sesi 2012/2013

Posted by UPP DPMZ On 11:37 PM

                                                           Klik untuk paparan lebih jelas


DPMZ mengambil kesempatan ini untuk mengcapkan tahniah dan takziah khusus buat seluruh bakal Badan Pengurus PMRAM sesi 2012/2013.

Semua calon kepimpinan PMRAM sesi hadapan diberitakan menang tanpa bertanding dalam pemilihan calon Badan Pengurus dan HEWI PMRAM baru-baru ini.

Semoga empayar PMRAM yang dipandu oleh bakal Presiden PMRAM sesi hadapan iaitu Saudara Abd Aziz Ali, dapat mengekalkan momentum perpaduan antara ahli sekaligus membawa PMRAM ke peringkat yang lebih tinggi demi memastikan kesinambungan tautan Islam dikalangan Mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini terus utuh dan unggul.

Semoga dengan taklifan yang disandarkan kepada seluruh bakal pimpinan PMRAM ini dapat menjadikan batu loncatan buat mereka dalam memperkemas gerak kerja masing-masing serta membawa matlamat islam dalam jiwa-jiwa seluruh mahasiswa/wi di bumi mesir ini.


Sunday, December 18, 2011

Perlaksanaan Media Massa Berlandaskan Peranan Yang Sebenar

Posted by UPP DPMZ On 2:53 PM


Lapangan media massa hari ini menjadi satu method penting dalam menjamin sebaran maklumat dan piawaian pengaruh mudah disebarkan dengan baik.

Friday, December 16, 2011

DPMZ Komited Bersama PMRAM Membawa Suara Mahasiswa Keperingkat Kedutaan.

Posted by UPP DPMZ On 4:14 AM


ZAGAZIG 16 Disember 2011- DPMZ terus komited dan sentiasa cakna dalam usaha menyelesaikan isu mahasiswa yang kian dipandang sepi bagi sesetengah individu. Ini dibuktikan dengan pertemuan bersama TYT Dato' Dr. Fakhruddin Bin Abdul Mokti Iaitu Pengarah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah baru-baru ini.

Wednesday, December 7, 2011

SHAMIZ 1433 H, Ke Arah Memotivasi Minda Mahasiswa.

Posted by UPP DPMZ On 4:32 PM



ZAGAZIG 6 Disember 2011- Satu lagi program anjuran DPMZ telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu Sambutan Maal Hijrah & Motivasi Perdana DPMZ (SHAMIZ 1433 H). Program tersebut bermula sekitar jam 6.00 pm dan bertempat di dewan Ala-Addin Murur.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu yang dijemput khas oleh DPMZ iaitu Fadhilah Syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Abu Hasyim yang merupakan dekan Kuliah Usuluddin Zagazig. Turut serta tetamu yang dinantikan iaitu Dr. Jamnul Azhar Mulkan yang merupakan Pengisi bagi Slot motivasi dalam program tersebut.

Antara tetamu jemputan yang turut menyerikan majlis ialah Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz b. Ali serta beberapa Badan orang Pengurus PMRAM yang mengiringi beliau. Hadir sama Badan Pengurus Angkat  HEWI dan beberapa Wakil dan BKAN dan Muhafazah iaitu dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur (DPMD).

Majlis dimulakan dengan ucapan taujihat dari Fadhilah Syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Abu Hasyim, dan kemudiannya ucapan alu-aluan oleh Timbalan Presiden PMRAM. Majlis kemudiannya dieteruskan dengan slot penyerahan dana Kempen Sayang Somalia (KSS) dan pelancaran Dana Ehsan DPMZ oleh Saudara Muhammad Nasuha Zakariah.

Kemuncak Majlis yang dinanti-nantikan ialah slot Motivasi kecemerlangan oleh Dr.Jamnul Azhar Mulkan. Banyak input menarik yang dikongsikan oleh beliau antaranya kisah pengalaman beliau sewaktu menjadi penuntut di perlembahan nil ini. Beliau merupakan bekas Timbalan Presiden PMRAM 1992, dalam ucapannya, Dr. Jamnul Azhar banyak mengimbau sejarah susah senang semasa menuntut ilmu serta menjadi kepimpinan pelajar di sini.

Turut diselitkan kepentingan keberadaan PMRAM sebagai persatuan yang telah lama wujud di bumi Mesir ini  dalam memastikan kebajikan ahli dan sebagainya. Beliau turut memberi kata-kata perangsang supaya Mahasiswa/wi terus thabat dan bersemangat dalam menuntut ilmu kerana mahasiswa/wi lepasan mesir amat di nanti-nantikan oleh rakyat di tanah air sebagai pembawa arus perubahan ke arah yang lebih bermutu pada masa hadapan.

Akhir Program majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Insaff dan jamuan makan. DPMZ mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan adhoc pelaksana yang menjadi tulang belakang sepanjang majlis tersebut belansung. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh ahli yang turut memberi komitmen hadir untuk menjayakan program tersebut.






Monday, December 5, 2011

Majlis Kesyukuran, Sempena Menyambut Dua Cahaya Mata Kembar.

Posted by UPP DPMZ On 12:08 PM


ZAGAZIG, 4 Disember 2011- Satu majlis kesyukuran telah berlansung di pejabat DPMZ sempena menyambut kelahiran dua bayi kembar kepada Saudara Sodri musa dan pasangannya, Saudari Farahiyah Abraham Penthowsky. Majlis berlansung sekitar jam 3.00 pm dan selasai pada jam 5.30 pm.

Friday, December 2, 2011

Penulisan Ilmiah Medium Dakwah Kontemporari

Posted by UPP DPMZ On 6:00 PM

  


Setelah hampir dua bulan berlalu, kemuncaknya telah tiba. Pada 24 September yang lalu, Markaz Pengumpulan Hasil Kajian ( MANHAL ) salah satu unit di bawah Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Ilmiah. 

Sahabat