Tuesday, November 29, 2011

KENYATAAN RASMI MENGENAI SUKAN WAKTU MALAM

Posted by UPP DPMZ On 6:15 PM



                               Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan tugas selaku hamba , selawat dan salam buat Junjungan Besar   Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Sunday, November 27, 2011

Taklimat Keselamatan, Pegawai Kedutaan Turun Padang Bertemu Pimpinan DPMZ & PCZ

Posted by UPP DPMZ On 12:35 PM


ZAGAZIG, 26 November 2011- Satu pertemuan telah diaturkan di antara pimpinan DPMZ & PCZ bersama dengan dua orang wakil dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Iaitu En. Abdul Latiff Samad dan En. Muhammad Hazam Hajanan bertempat di pejabat DPMZ sekitar jam 10.30 pagi.

Pertemuan ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat keselamatan terkini yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan. Ini berikutan situasi semasa di Mesir yang kurang stabil menyebabkan pihak kedutaan mengeluarkan pekeliling keselamatan terkini untuk memastikan semua penuntut malaysia terhindar dari perkara yang tidak diingini..

Dalam pertemuan ini juga, pihak kedutaan meminta persatuan khususnya DPMZ & PCZ memantau keadaan pelajar malaysia di sini. Selain itu pihak kedutaan juga memaklumkan sudah membuka command center untuk memantau keselamatan warga malaysia dan juga mengemaskini maklumat terkini situasi politik di mesir.

Selain itu juga, pihak kedutaan sendiri menekankan aspek keselamatan berkaitan maklumat pengenalan diri, sebagai contoh pasport dan lain lain. Ini sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh seluruh mahasisiwa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Sekiranya terdapat masalah ataupun kehilangan pasport, setiap mahasiswa perlu meloporkan segera kepada pengerusi DPMZ mahupun PCZ. Tindakan susulan ialah dengan melaporkan kepada pihak polis dan memperbaharui pasport di pejabat kedutaan dengan kadar segera.

Di samping itu, Pihak kedutaan memuji sistem musyrif yang diamalkan oleh persatuan di Mesir, kerana ianya dapat menjaga keselamatan mahasiswi. Ianya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan kadar jenayah masyarakat setempat terhadap mahasiswi lebih-lebih lagi dalam keadaan politik mesir yang kurang stabil kebelakangan ini.

Akhir pertemuan, pihak kedutaan meminta kepada seluruh Mahasiswa/wi berhati-hati dengan keadaan sekeliling berikutan kes-kes jenayah yang melibatkan mahasiswa malaysia kian meruncing mutakhir ini. Pihak DPMZ berharap agar seluruh Mahasiswa/si tidak terburu-buru menimbulkan spekulasi keselamatan buat masa ini. Untuk sebarang maklumat, pihak DPMZ sendiri akan mengedarkan pekeliling keselamatan terkini dari masa ke semasa, dan jika berlaku sebarang masalah, boleh terus merujuk kepada Pengerusi DPMZ sendiri.

                      Pimpinan DPMZ & PCZ sedang mendengar Taklimat keselamatan dari pegawai kedutaan

                  Wakil Pimpinan DPMZ sedang mengajukan soalan berkaitan keselamatan kepada pegawai kedutaan


Saturday, November 26, 2011

Hijrah 1433 : Satu Transformasi Untuk Suatu Kebaikan

Posted by UPP DPMZ On 8:27 AM

بسم الله الرحمن الرحيم

                Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan tugas selaku hamba , selawat dan salam buat Junjungan Besar   Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang. 

Tuesday, November 22, 2011

Pekeliling Keselamatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Posted by UPP DPMZ On 7:12 PM

Seluruh mahasiswa diminta untuk mengambil sepenuh perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap isu keselamatan yang berlegar di sekitar Mesir terutamanya di bumi Zagazig. Untuk sebarang permasalahan dan persoalan khususnya berkenaan Zagazig, boleh terus menghubungi Pengerusi DPMZ, Saudara Muhamad Zainullah Bin Mohd Pauzi (01093129590).

Monday, November 21, 2011

Ziarah Mahabbah, DPMZ Turun Padang Memberi Penerangan Jelas Kepada Ahli

Posted by UPP DPMZ On 1:44 AM


ZAGAZIG, 19-20 November 2011- Pihak kepimpinan DPMZ telah mengambil inisiatif khas bersua muka bertemu seluruh Mahsiswa/wi baru pada sesi ini. Ziarah yang deketuai oleh Pengerusi DPMZ tersebut sedikit sebanyak memberi informasi terkini berkaitan DPMZ dan sejarah penubuhannya.

Antara misi yang dibawa ialah penerangan berkaitan DPMZ, PMRAM serta mengajak ahli untuk terus bersama-sama bersatu hati demi memastikan keutuhan hubungan antara ahli dan pimpinan terus tersemai dari setiap peringkat. Di samping itu pihak DPMZ sendiri dapat menyelami setiap permasalahan dan harapan oleh seluruh ahli.

Kunjungan Peringkat pertama khusus untuk mahasiswa/wi (baru) perubatan dan farmasi berjaya direalisasikan oleh kerana kerjasama yang baik dipamerkan  oleh seluruh mahasiswa baru di bumi Zagazig.

Dalam ekspedisi ziarah tersebut, pihak DPMZ turut membekalkan beberapa item antaranya borang kaji selidik, borang bancian perumahan, carta organisasi, beberapa iklan dan risalah khas. Di samping itu juga Pihak DPMZ turut menyertakan borang keahlian DPMZ dan PMRAM untuk diisi oleh ahli.

Ini bertujuan untuk memastikan butir-butir pengenalan ahli dapat disimpan dan disemak oleh DPMZ mahupun pihak keselamatan Mesir jika berlaku perkara-perkara tidak diingini pada masa akan datang.

DPMZ memandang serius perkara tersebut agar perkara-perkara tidak dingini dapat ditangani dengan lancar. Atas sebab tersebut pihak DPMZ sendiri menerangkan terlebih dahulu kepada ahli atas kepentingan mengisi borang tersebut dan reaksi yang dipamerkan oleh seluruh ahli sangat positif.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa baru yang sudi meluangkan masa menyambut ziarah mahabbah yang dilaksanakan di peringkat DPMZ. Segala cadangan yang dilontarkan amat penting untuk DPMZ supaya terus meningkatkan usaha demi memastikan seluruh ahli berada dalam keadaan yang baik dari masa ke semasa.

                       sesi penerangan DPMZ, turut serta pasangan mutazawwijin, Saudara Zubair dan Saudari Husna

                                                                   Ziarah ke rumah pelajar tahun 1 Perubatan

                                                Ekspedisi ziarah terakhir ke rumah pelajar Farmasi ikhawah tahun 1

Sunday, November 20, 2011

Ukhuwwah Islamiah Batu Asas Kesatuan Ummah

Posted by UPP DPMZ On 10:28 PM




بسم الله الرحمن الرحيم


           Assalamualaikum wbt... pada bulan ini, Unit Biah Solehah telah menyediakan artikel yang bermanfaat untuk sahabat sekalian. Tema pada bulan ini berkenaan dengan “Tautan Ukhuwwah” dan juga “Memperkasakan Solat Berjemaah”.  Pada artikel yang pertama ini, kami mengeluarkan artikel berkenaan “Ukhuwwah”. Moga ini memberi kita pengajaran terbaik bagi mewujudkan lagi Biah Solehah (suasana yang sejahtera).

Kenali Panglima Izzuddin al Qassam

Posted by UPP DPMZ On 12:51 PM





Pada 20.11.2011, genap 76 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Ya'bad, Palestin di tangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahidin terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. 

Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam.

Wednesday, November 16, 2011

Muzakarah Berkelompok Menjana Kemantapan Fikrah

Posted by UPP DPMZ On 10:54 PM



Kepentingan Muzakarah Berkelompok (MB) menjadi tunjang kepada gerakan dakwah yang dibawa oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan ia merupakan kunci penting dalam memastikan kelangsungan dakwah di kalangan mahasiswa/wi Islam terus subur.

Sunday, November 13, 2011

Pencerahan : Jenayah Rogol dan Hukumannya Menurut Islam (siri 2)

Posted by UPP DPMZ On 11:20 PM


1.Pendahuluan

Jenayah Rogol atau Pemerkosaan adalah satu daripada bentuk perzinaan malah jenayah ini lebih keji dan jahat. Sedangkan zina yang diharamkan itu,merupakan perlakuan keji dan salah satu daripada dosa - dosa besar dalam Islam. Tidak terdapat satu agama dalam dunia pun yang mengharuskan perbuatan tersebut.

Tuesday, November 8, 2011

KHALIFAH 1432h Melabuhkan Tirai.

Posted by UPP DPMZ On 4:26 PM


ZAGAZIG, 8 November 2011- Program KHALIFAH 1432h (Korban Dan Haflah Najihin) telah melabuhkan tirainya pada tengahari tadi setelah selesai majlis persamian penutup dan haflah najihin yang bertempat di dewan Nadi Riadhi Mustashfa Gamaah pada pagi tadi.

Monday, November 7, 2011

Kemeriahan Ibadah Korban, Tautan Ukhuwah Kian Teserlah.

Posted by UPP DPMZ On 4:02 PM


ZAGAZIG, 7 November 2011- Sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari ini diteruskan lagi dengan aktiviti ibadat penyembelihan korban yang telah diadakan oleh DPMZ. Lima ekor unta, lapan ekor kambing dan seekor lembu telah berjaya dikorbankan hasil usaha ahli bergotong royng membantu ibadah korban ini berjalan dengan lancar. 

Sunday, November 6, 2011

Perasmian Khalifah 1432 H, Mendalami Erti Sebenar Tadhiyah.

Posted by UPP DPMZ On 1:26 PM


ZAGAZIG 5 November 2011- Majlis perasmian KHALIFAH 1432 (Korban dan Haflah Najihin) telah pun berlangsung di dewan Darul Wehdah pada malam semalam. Program di bawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ itu berlansung dengan lancar dan berjaya. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Saudara Anas Zharif Harun selaku timbalan pengarah KHALIFAH 1432 H dan diteruskan dengan ucapan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig, Saudara Muhammad Zainullah Muhamad pauzi, dan kemudiannya ucapan oleh Saudara Salehudin Mohd Jahar yang sekaligus merasmikan program tersebut. 

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau banyak menyentuh sirah-sirah Nabi terdahulu yang berkaitan dengan tadhiah ataupun pengorbanan yang dilalui oleh mereka. Beliau juga sedikit sebanyak memberi suntikan semangat buat seluruh ahli agar terus melaksanakan kerja-kerja islam sekaligus menjadikan perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu sebagai contoh dan teladan.

Selesai gimik perasmian, majlis diteruskan lagi dengan acara Talk-Show yang dikendalikan oleh Saudara Abd Hadi Mohd Zuki dan Saudari Duratul Ain sebagai moderator.

Talkshow yang bertajuk "TADHIYAH" itu telah dikupas oleh dua orang panelis iaitu Saudara Mohd Mokhri Ibrahim daripada Kaherah dan Saudara Zulkifli Mohamad yang merupakan pengerusi Perubatan Cawangan Tanta (PCT).

Gandingan dua orang panelis ini berjaya menarik perhatian ahli supaya lebih memahami dan mengkaji makna tadhiah yang sebenar di samping mengambil peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu sebagai teladan untuk di contohi selaku mahasiswa islam yang menuntut di pelembahan Nil ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan ucapan hari raya oleh setiap wakil mahasiswa. DPMZ mendoakan agar program Khalifah 1432 pada tahun ini berlangsung dengan jayanya dan antara hadaf terpenting yang dibawa oleh DPMZ ialah menyatupadukan seluruh mahasiswa malaysia dan meningkatkan nilai ukhuwah sesama ahli. 

Semoga dengan program seperti ini, Seluruh mahasiswa dapat bersatu walau berbeza pandangan ataupun fikrah, namun matlamat yang dibawa oleh setiap individu tetap sama.

                                Acara memotong kek sebagai gimik peramian program KHALIFAH 1432H

                                            Talkshow Tadhiyah disampaikan oleh 2 orang tokoh mahasiswa di mesir
                          Saudara Nasuha sebagai wakil pengerusi DPMZ menyapaikan cenderahati kepada pengisi

                                                              Jamuan makan setelah selesai program talkshow
                                                         Antara tetamu yang turut menceriakan suasana program



Saturday, November 5, 2011

Promo Khalifah.mp4

Posted by UPP DPMZ On 11:04 AM

Wednesday, November 2, 2011

Kenali Badan Pengurus Dan Hewi PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 12:31 AM



Strutur Organisasi Badan Pengurus dan Hewi PMRAM 2011/2012

"KEMANTAPAN FIKHRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

First 10 of Zulhijjah

Posted by UPP DPMZ On 12:15 AM



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pertama dan selama-lamanya sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Sang Pencipta kerana masih lagi diberi keizinan ruang dan waktu untuk menarik nafas iman dan islam bagi meneruskan usaha kecil ini walaupun dalam keadaan yang saya kira sedikit tersepit dan sibuk terutama pimpinan DPMZ dan Ajk Pelaksana KHALIFAH 1432H. Selawat dan salam buat junjungan besar penutup segala Nabi Muhammad SAW yang berkubang peluh dan berkuah darah bagi memastikan gerakan dakwah terus lancar meluncur di pentas dunia ini.

Sahabat