Thursday, June 21, 2012

ISRA' MI'RAJ, SUSURI PERJALANAN RASULULLAH BERTEMU SANG PENCIPTA.

Posted by UPP DPMZ On 5:33 PM No comments


Zagazig, 20 Jun 2012- Unit Biah Solehah di bawah kendalian Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMZ mengambil Inisiatif sempena pembukaan program ilmiah di penghujung fasa peperiksaan dengan menganjurkan ceramah Isra' Mi'raj sempena memperingati dan mengambil ibrah dari dari sirah  Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra' Mi'raj.


Kehadiran pengisi yang terkenal dengan sifat keilmuannya yang tinggi dalam bidang agama berjaya menarik perhatian ahli DPMZ untuk turun padang bagi besama-sama menghayati dan mengambil ibrah dari kisah dan sunnah perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W.

Beliau yang dimaksudkan ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul b. Abd Nasir, mahasiswa tahun akhir kuliah Usuluddin Dakwah Universiti Al- Azhar Kaherah syu'bah Tafsir.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah, Naib Presiden I PMRAM (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan) Saudara Ahmad Baihaki Bin Rashid dan Naib Presiden II PMRAM (Ketua Lajnah Muhafazah) Saudara Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri.


Isi ceramah yang disampaikan oleh pengisi yang berkisarkan peristiwa Isra' dan Mi'raj nabi S.A.W banyak memberi input yang berkesan kepada ahli dalam menyingkap kesan perjalanan utusan Allah yang mulia di Mi'rajkan ke langit oleh ALLAH S.W.T.

Semoga dengan program-program sebegini dapat memberikan mesej kepada ahli bahawa DPMZ sentiasa membawa nama dan nilai islam dalam memastikan biah solehah di bumi Zagazig sentiasa dihidupkan dan terpelihara.

Sebahagian ahli yang hadir dan khusyuk mendengar ceramah Isra' Mi'raj

          Pengerusi DPMZ menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Nazrul, penceramah jemputan
                        










0 comments:

Sahabat