Tuesday, June 12, 2012

Tahniah Saudara Muhammad Firdaus & Saudari Siti Munirah

Posted by UPP DPMZ On 8:30 AM No comments





ZAGAZIG, 12 JUN 2012- Kelahiran cahaya mata merupakan detik bersejarah bagi  pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ia merupakan suatu anugerah dari Allah S.W.T. pada setiap hambanya.

Tanggal 11 jun 2012 jam 5.15 petang satu sejarah telah tercipta bagi  pasangan Saudara Muhammad Firdaus bin Assalihi serta Saudari Siti Munirah binti Abdul Rashid kerana dikurniakan seorang puteri di Hospital Solah Salim Qaumiah.

Berdasarkan maklumat yang diterima anak perempuan beliau selamat dilahirkan secara normal tanpa pembedahan seberat 3.5 kg dan sekarang isteri dan bayi telah dibawa pulang ke rumah.

Wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig Saudara Anas bin Ridzuan, Unit Perumahan DPMZ, wakil Perubatan Saudara Zakhiruddin bin Ab. Bakar, Ketua Unit Akademik PCZ, Saudara Marwan bin Muhammad, Ketua Unit Kebajikan PCZ, Saudari Siti Muslihah binti Mohd Nor, Penasihat PCZ, Saudari Nik Mahabbah binti Nik Din  Timbalan Unit Ekonomi PCZ, serta sahabat yang lain turut berada di Hospital bagi menyambut kelahiran anak pertama pasangan Muhammad Firdaus.

Pihak DPMZ mengucapkan tahniah kepada pasangan Saudara Muhammad Firdaus dan Saudari Siti Munirah dengan kelahiran seorang puteri yang akan menyerikan lagi suasana keluarga beliau.


0 comments:

Sahabat