Sunday, August 19, 2012

Kemeriahan Aidilfitri 1433h Dari Perantauan, Mengubat Kerinduan Di Tanah Air

Posted by UPP DPMZ On 5:41 PM No comments



ZAGAZIG, 18 Ogos 2012- Suasana 1 Syawal di bumi Zagazig pastinya berbeza berbanding tempat-tempat lain terutamanya di tanah air sendiri. keceriaan jelas terpancar di wajah seluruh ahli DPMZ ketikamana berkumpul untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi tadi.

Lebih menarik lagi mahasiswa Malaysia diberi kesempatan untuk bersama-sama bertakbir raya di stadium zagazig. Gema takbir versi melayu yang dialunkan oleh salah seorang pelajar Malaysia tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan pelajar-pelajar yang berada jauh di perantauan ini.

Pagi raya dimulakan dengan solat aidilfitri di Stadium Zagazig. Selesai solat di sana, kesemua ahli-ahli bertemu, saling bermaaf-maafan, dan bergambar sesama mereka. Seusai solat sunat Aidilfitri, ahli-ahli dihidangkan pula dengan juadah-juadah dari rumah-rumah terbuka yang dianjurkan di kediaman sesetengah ahli.

Pihak DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih atas undangan dan kepada  segelintir ahli yang masih ingin membuat rumah terbuka amatlah dialu-alukan. Sesungguhnya amalan kunjung-mengunjung amat dianjurkan Islam agar dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Dalam kemeriahan kita menyambut syawal, janganlah pula sampai melanggar batasan yang dihadkan syara' serta beringat ingtalah kepada saudara seagama kita yang tidak berkemampuan. Semoga lebaran yang menjelang ini menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi hambaNya yang lebih beiman dan bertaqwa.





0 comments:

Sahabat