Saturday, January 26, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 H

Posted by UPP DPMZ On 2:55 PM No comments




Zagazig, 24 Januari 2013 - Malam Mahabbah sempena sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati ulang tahun hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w telah diadakan di Dewan Baru Salam Sadnawi yang dianjurkan oleh Unit Biah Solehah (UBS) bagi sesi 2012/2013.


Program bermula pada pukul 7 malam dengan Solat Isya’ secara berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Muhammad Afzan bin Sayuti. Selepas itu, program dimeriahkan lagi dengan alunan qasidah oleh Kumpulan Muhazirun yang diundang khas dari PMRAM Cawangan Perak. Acara diserikan lagi dengan deklamasi sajak yang disampaikan oleh saudara AF Ustaz Huefiros Efizi bin Husain.



Seterusnya program diteruskan dengan ceramah dan rancangan talk show yang bertajuk, “Seandainya Rasulullah Masih Ada” yang disampaikan oleh AF Ustaz Ahmad Ulwan bin Hassim dan dibantu oleh gandingan dua moderator, Saudara Mohd Yazid bin Usop dan Saudari Manisa Sazwin binti Mohd. Syukri.




Sambutan dan sokongan yang diberikan oleh mahasiswa/wi Zagazig amat memberansangkan kerana Dewan Baru Salam Sadnawi dibanjiri lebih 350 mahasiswa/wi Zagazig. Acara berakhir bertepatan pada pukul 10.30 malam.


Disediakan oleh:
Ahmad Hanif bin Abdullah
Unit Pengisian Biah Solehah 2012/2013

0 comments:

Sahabat