Friday, July 23, 2010

Ceramah Israk Mikraj Memberi Pengajaran Berguna Kepada Ahli DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 1:04 AM No comments

Khusyuk..... hadirin sedang mendengar pengisian yang disampaikan oleh penceramah jemputan

DEWAN DARUL WEHDAH, 18 JULAI 2010 : Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan (UDPI) DPMZ telah mengadakan majlis ceramah Israk Mikraj sempena memperingati peristiwa agung yang terjadi kepada junjungan mulia Rasulullah SAW.Ceramah telah bermula pada jam 9 malam dan disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, mantan anggota Badan Pengurus PMRAM 2008-2010.Beliau telah mengupas bagaimana terjadinya peristiwa bersejarah tersebut dengan baik dan juga menceritakan dugaan yang telah dihadapi oleh Rasulullah SAW ketika Baginda menceritakan tentang peristiwa ajaib yang berlaku kepada Baginda.

          Peristiwa Israk Mikraj menunjukkan bahawa Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah yang teragung apabila Baginda berkesempatan bertemu dengan beberapa orang Rasul hanya dalam satu malam sahaja.Baginda juga diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat syurga dan neraka.Israk merupakan perjalanan Baginda daripada Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis.Mikraj pula merupakan perjalanan Baginda bertemu dengan Allah.Kesan peristiwa tersebut masih boleh dilihat sehingga kini di Masjid Umar atau Kubah Batu.

          Peristiwa ini merupakan satu ujian buat orang beriman kerana terdapat juga sebilangan orang daripada kaum Muslimin yang berasa ragu-ragu setelah mendengar cerita Rasulullah SAW.Akan tetapi Saidina Abu Bakar r.a dan sahabat-sahabat lain yang telah teguh keimanan mereka percaya kepada setiap apa yang disampaikan oleh Baginda.Cenderahati untuk penceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi DPMZ, Ustaz Solihuddin Muhd Jahar.DPMZ berharap semua ahli dapat mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj.

0 comments:

Sahabat