Saturday, July 24, 2010

Skuad Zagazig Gempur Dataran Hayyu Asyir

Posted by UPP DPMZ On 10:53 PM No comments

Sedia menggempur...... Barisan pemain Skuad Futsal Zagazig mulakan langkah kejayaan

DATARAN HAYYU ASYIR, 24 JULAI 2010 : Unit Kebudayaaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah menghantar pasukan untuk menyertai Kejohanan Futsal dan Sepak Takraw Antara Taakhi sempena Hari Keluarga Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).Skuad Zagazig beraksi sebagai pasukan jemputan.


          Bagi acara futsal, Skuad Zagazig memulakan langkah cemerlang apabila menewaskan pasukan Tok Harun FC 4-1.Skuad Zagazig dikejutkan dengan gol pembukaan oleh pasukan Tok Harun pada minit awal permainan.Selepas itu, barisan pemain Zagazig menyusun semula permainan dan berhasil mendapat gol pembukaan menerusi ayam tambatan pasukan Zagazig Fizree Abu Bakar.Alif Mahir seterusnya menjaringkan 2 gol dan Zulfiqar menambah 1 gol lagi sebelum wisel penamat berbunyi.

          Malang bagi pasukan Zagazig apabila tewas 3-1 kepada pasukan Abah FC yang disertai oleh pegawai kebajikan negeri Kedah, Ustaz Syeikh Yusof.Fizree Abu Bakar menjarigkan gol pembukaan dengan rembatan deras dari sudut kanan menewaskan penjaga gol pasukan lawan.Pasukan Abah bangkit dari ketinggalan dengan menjaringkan gol penyamaan seterusnya menjaringkan 2 gol lagi untuk menumbangkan Zagazig.Pasukan Zagazig menewaskan sebuah lagi pasukan dengan jaringan 3-0 hasil 2 jaringan oleh Alif Mahir dan satu gol lagi disumbangkan oleh Solehuddin Sulong.

          Pasukan Zagazig seterusnya hanya sekadar seri menentang Team Yess FC dengan 1-1.Pasukan Zagazig ketinggalan seawal babak pertama permainan.Pasukan Zagazig yang ketinggalan terus melancarkan beberapa siri serangan.Fizree Abu Bakar melakukan beberapa rembatan tetapi tidak menepati sasaran.Pemain gantian, Alif Mahir menambahkan koleksi golnya dengan menjaringkan gol penyamaan.Permainan selepas itu menjadi semakin sengit dengan kedua belah pasukan saling berbalas serangan sambil pasukan lawan menguatkan benteng pertahanan.Penjaga gol pasukan Zagazig juga berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan.Solihuddin Sulong hampir menjaringkan gol kemenangan apabila rembatannya berjaya menewaskan penjaga gol lawan akan tetapi terkena tiang gol.Percubaan terakhir daripada Zulfiqar juga hampir menemui sasaran apabila sepakan lambungnya berjaya melepasi jangkauan penjaga gol sebelum terkena tiang gol.
Pasukan Zagazig berada pada tempat kedua kumpulan.Juara kumpulan pada masa ini ialah Abah FC yang memenangi semua perlawanan.Pasukan Zagazig perlu memenangi perlawanan terakhir pada pagi esok menentang Adhoc FC untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, skuad sepak takraw Zagazig memulakan hari pertama kejohanan dengan 3 kemenangan berturut-turut.Skuad Zagazig akan mengharungi beberapa siri perlawanan pada esok untuk menentukan kejuaraan.

Barisan pemain Skuad Futsal :
Muhammad Afandi Sulaiman, Fizree Abu Bakar, Solehuddin Sulong, Azmi Farhan, Aliff Mahir, Zulfiqar, Nik Ahmad Zakir

Barisan pemain Skuad Sepak Takraw :
Nik Saifullah Nik Mahmud, Anas Kamaruddin, Zainullah Pauziy, Taufiq Salehuddin

Lakar kejayaan sulung..... barisan pemain skuad  Sepak Takraw galas cabaran berliku

Gol..... Rembatan deras Fizree Abu Bakar menewaskan penjaga gol Abah FC.
Zagazig tewas 3-1

Gulung..... rejaman Nik Saifullah menewaskan lawan.Zagazig menang 2-0

Rejaman maut menemui sasaran..... antara aksi menarik pada hari pertama kejohanan

0 comments:

Sahabat