Saturday, July 24, 2010

Tahniah Mahasiswi DPMZ !!!

Posted by UPP DPMZ On 11:57 PM No comments




 Johan..... Kontijen mahasiswi DPMZ telah memenangi Karnival Sukan Antara Taakhi MKKK
KAHERAH, Ahad, 18 Julai 2010 – Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah menghantar wakil kontijen Zagazig ke Karnival Sukan Antara Taakhi (Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Zagazig) anjuran Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah sesi 09/10, bertempat di Nadi Syabab Musallas, Hayyu Asyir. Seramai 11 orang peserta kontijen Zagazig mengorak langkah, bersukan disamping menjalin ukhwwah antara taakhi.  
           Dengan bertemakan ‘Ribat Ukhwah Semai Mahabbah’, program ini bermula seawal jam 10.00 pagi dengan perlawanan bola jaring, diikuti oleh futsal dan bola tampar. Permainan sukaneka sebagai penutup tirai padang sememangnya menggambarkan wajah-wajah ceria dalam kalangan warga Kedah amnya dan Zagazig khususnya. Sekalung tahniah buat BKAN Kedah, sungguh, hadaf yang dinukilkan boleh dikatakan berjaya bilamana setiap peserta dilihat mengamalkan amalan 3S (senyum, salam , sapa) dan saling berkenal-kenalan antara mereka.
           Sebagai penutup, acara penyampaian hadiah diadakan di dalam dewan. Syukur Alhamdulillah, kontijen Zagazig berjaya merangkul JOHAN keseluruhan Karnival Sukan Antara Taakhi pada tahun ini, setelah memenangi acara bola tampar dan futsal. Karnival ini berakhir sekitar jam 2.00 petang.
Ceria..... peserta Zagazig gembira selepas diumumkan sebagai pemenang 
Menarik..... kek bertemakan ukhuwwah sesama taakhi (saudara)

0 comments:

Sahabat