Wednesday, July 28, 2010

Sukan Mahabbah MKKK : Skuad Sepak Takraw Bawa Pulang Pingat Gangsa

Posted by UPP DPMZ On 2:51 PM No comments

Puas hati..... Skuad Sepak Takraw tetap gembira walaupun sekadar mendapat 
pingat gangsa

DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 25 JULAI 2010 : Skuad Futsal mengakhiri cabaran dengan kekalahan di peringkat suku akhir.Terdahulu, skuad Zagazig seri dengan pasukan Adhoc FC 2-2.Adhoc FC mendahului seawal minit permainan dengan jaringan 1-0 menewaskan penjaga gol Anas Kamaruddin.Skuad Zagazig yang telah dirombak semula akibat ketiadaan 3 orang pemain asal menyusun semula permainan dan menyamakan kedudukan melalui rembatan Alif Mahir.Adhoc FC terus menyerang dan mendahului semula 2-1.Namun, Zulfiqar menyelamatkan keadaan dengan menjaringkan gol penyamaan sebelum berakhirnya perlawanan.Dengan ini bermakna skuad Zagazig menghuni tempat kedua kumpulan untuk bertemu Kabab FC di Suku Akhir.

          Aksi Suku Akhir menyaksikan pertembungan sengit di antara skuad Zagazig dan Kabab FC.Skuad Zagazig mengasak pada minit awal permainan melalaui 3 percubaan Fizree Abu Bakar akan tetapi gagal menemui sasaran.Skuad Zagazig terus menguasai permainan dengan asakan agresif dan hantaran jauh ke dalam kubu pihak lawan.Kecekapan penjaga gol Kabab FC menjadi penghalang kepada kemenangan Zagazig.Zagazig terus menguasai babak kedua dengan permainan kelihatan berat sebelah apabila Zagazig mengepung Kabab FC.Peluang terbaik hadir apabila Zagazig mendapat sepakan percuma akan tetapi sepakan lambung Fizree Abu Bakar melewati palang.Percubaan demi percubaan gagal  menewaskan penjaga gol Kabab FC.

          Permainan masa tambahan juga gagal menentukan pemenang memaksa perlawanan ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.Fizree Abu Bakar dan Alif Mahir berjaya menyempurnakan sepakan penalti begitu juga dengan 2 pemain Kabab FC.Sepakan terakhir daripada Shahrul Faiz berjaya diselamatkan penjaga gol Kabab FC.Sepakan terakhir daripada pemain Kabab FC pula berjaya diselamatkan oleh Anas Kamaruddin setelah terkena badannya akan tetapi bola tersebut terkena tangannya lalu melantun semula melepasi garisn gol.Pengadil mengesahkan kemenangan Kabab FC.Pasukan Zagazig belum pernah melepasi penentuan sepakan penalti sejak Kejohanan Piala Malaysia 2009.

          Sementara itu, Skuad Takraw mengakhiri pusingan liga dengan 4 kemenangan dan 2 kekalahan.Skuad Zagazig mendapat tempat ketiga dan bertemu dengan juara liga, Pahang.Pasukan Zagazig tewas pada pertembungan Separuh Akhir 0-2.Skuad Zagazig kemudiannya bertemu dengan Kesia untuk penentuan Tempat Ketiga dan berhasil menewaskan Kesia dengan 2-0.Dengan ini, Zagazig memenangi pingat gangsa.

          Pegawai Pejabat HEP Kedah, Ustaz Syeikh Yusof telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada majlis penutup Sukan Mahabbah yang diadakan pada jam 10 malam.Tahniah kepada skuad Sepak Takraw Zagazig di atas kejayaan yang diperolehi dan syabas juga buat skuad Futsal.Semoga tautan ukhuwwah yang dijalinkan di dalam Sukan Mahabbah kali ini dapat berkekalan selamanya.

Serang..... pemain Zagazig Alif Mahir sedang mencari ruang untuk melakukan rembatan.
Zagazig tewas dalam aksi Suku Akhir.

Penalti maut..... Anas kamaruddin berjaya menyelamatkan bola namun tertepis semula melintasi garisan gol.Zagazig tewas melalui penentuan sepakan penalti 2-3 setelah seri 0-0 pada masa sebenar perlawanan.

Servis kuda putih..... libasan maut Taufiq Salehuddin gagal ditangkis lawan.
Zagazig menang 2-0 pada penentuan Tempat Ketiga.

0 comments:

Sahabat