Sunday, August 29, 2010

Majlis Timbal Balik Tugasan AJKT Beri Nafas Baru Kepada DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 2:09 PM No comments

Ambil perhatian..... AJKT sedang mendengar penerangan daripada mantan AJKT

PEJABAT DPMZ, DAR SALAM, 27 OGOS 2010, 10.00 MALAM : Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan Majlis Timbal Balik Tugasan AJKT yang dihadiri oleh AJKT baru serta AJKT pada sesi yang lalu. Majlis ini berobjektifkan untuk mengemaskini gerak kerja unit DPMZ pada sesi kali ini, meneguhkan ukhuwwah sesama AJKT dan mantan AJKT dan memberikan informasi berguna kepada AJKT baru. 


          Timbalan Pengerusi DPMZ, Us Muhammad Zuhaili telah mengetuai sesi majlis. Mantan AJKT pada sesi yang lalu telah diberi peluang untuk membentangkan muhasabah yang diterima serta membentangkan cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti gerak kerja unit DPMZ.Antara mantan AJKT yang hadir pada malam tersebut ialah Us Solihuddin Mohd Jahar  dan Us Dzulnawawi Munawer.Selepas itu, 2 mantan AJKT iaitu us Solihuddin Mohd Jahar dan Us Dzulnawawi Munawer memberikan kata-kata perangsang untuk AJKT sesi kali ini terus bergerak di atas landasan syariat Islam."Sesungguhnya, perjuangan menegakkan Islam penuh dengan rintangan dan cabaran yang perlu dilalui dengan kesabaran" ujar mereka.

          Us Dzulnawawi Munawer juga menyeru barisan AJKT supaya melakar sejarah baru untuk DPMZ dan tidak hanya berbangga dengan kejayaan lalu.Majlis berakhir dengan sesi fotografi di antara AJKT sesi 2010/11 dan mantan AJKT 2009/10. Semoga gerak kerja AJKT pada sesi ini berjalan lancar demi memberi kebajikan terbaik kepada seluruh ahli DPMZ.  

Orang lama..... Us Solihuddin Mohd Jahar dan Us Dzulanawawi Munawer sedang 
memberikan maklumat berguna kepada AJKT

Beri harapan..... Us Solihuddin Mohd Jahar bergambar kenangan bersama 
Timbalan Pengerusi DPMZ sebagai tanda penyerahan tugas

0 comments:

Sahabat