Thursday, September 2, 2010

Forum Ramadhan Medan Mentarbiyyah Ahli DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 12:08 AM No comments


Tenang.....  Dr Ermyzal Nazirul mengemudi majlis dengan baik bersama para panelis

DEWAN DARUL WEHDAH, RABU, 1 SEPTEMBER 2010: Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan inayahNya pihak DPMZ telah berjaya menganjurkan iftor jamaie dan satu forum sesudahnya berkaitan Badr Al-Kubra dan Nuzul Quran. Forum tersebut telah berpanelkan Al fadhil Us Mohd Azrul Bin Ismail dan Al Fadhilah Ust Nur Ain, iaitu HEWI angkat DPMZ sendiri.

Banyak pengajaran dan peristiwa menarik berkaitan Badr Al-Kubra dan Nuzul Quran telah disampaikan dan diceritakan oleh kedua-dua ahli panel kepada kita.Sebagai kalam penggulungan, Al-Fadhil Us Mohd Azrul telah mengingatkan para hadirin supaya tidak menjadi hamba Ramadhan yang hanya ligat beribadat di dalam bulan yang penuh barakah ini sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati. Al-Fadhilah Ust Nur Ain pula menyarankan kita agar dapat merebut segala peluang yang ada di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini yang tiada dalam bulan lain di samping memperbanyakkan ibadah dan sedekah.




Khusyuk mendengar.... sekitar 60 mahasiswa/wi menghadiri Forum Ramadhan


Semoga kita mendapat istifadah dari program yang dianjurkan ini dan diharapkan agar program sebegini akan dapat dilaksanakan dan diperbanyakkan lagi pada masa depan serta lebih mendapat sambutan daripada sahabat-sahabat sekalian. Dan moga-moga kita dapat memperbaiki dan memperbanyakkan lagi ibadah kita di fasa akhir bulan ini yang dijanjikan pelepasan dari azab neraka dan terkandung di dalamnya malam yang lebih baik dari seribu bulan,Lailatul Qadr.

0 comments:

Sahabat