Monday, September 19, 2011

Krisis Somalia: Sumbangan Kali Kedua Diserahkan

Posted by UPP DPMZ On 7:05 AM No comments



KAHERAH, 17 Sept -  Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terus menyatakan komitmen terhadap krisis yang melanda rakyat Somalia apabila sumbangan kali kedua diserahkan.
Setelah LE10 000 sumbangan Somalia diserahkan baru-baru ini, PMRAM telah menyerahkan sumbangan kali kedua berjumlah LE6234 melalui Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM menjadikan jumlah keseluruhan yang telah disumbangkan sebanyak LE16 234.

Sumbangan telah disampaikan secara terus kepada Jam'iyyah Bait Al-'Aailah yang beribu pejabat di Haiyyu Sabiiq melalui Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2011, saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi kepada Pengerusi Jam'iyyah iaitu IR. Muhammad Uthman.

Dalam pertemuan tersebut, IR. Muhammad Uthman selaku pengerusi Jam'iyyah merakamkan penghargaan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di atas sumbangan yang telah diserahkan. Beliau juga berpandangan bahawa sumbangan tersebut jelas menunjukkan komitmen dan kecaknaan PMRAM dalam isu kemanusiaan antarabangsa ini.

"PMRAM sebagai persatuan induk yang bersifat global tidak hanya menumpukan kebajikan di peringkat ahli semata-mata, namun PMRAM juga sentiasa memainkan peranan untuk bersama-sama dalam isu kemanusiaan di peringkat global dan antarabangsa selari dengan tuntutan islam seperti krisis yang melanda rakyat Somalia ini, ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, selaku Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 selepas berakhir pertemuan.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat