Sunday, September 18, 2011

Wacana Perdana Isu Semasa, Medan Mematangkan Mahasiswa Cakna Keadaan Sekeliling

Posted by UPP DPMZ On 2:28 AM No comments



ZAGAZIG, 17 September- DPMZ di bawah anjuran Unit Penerangan dan Penarbitan telah menganjurkan wacana perdana isu semasa yang bertajuk "Mesir & Israel, Realiti dan Tribulasi" pada malam tadi bertempat di Dewan Dar Wehdah.



Hadaf utama penganjuran program wacana perdana ini adalah untuk menerangkan kepada ahli situasi sebenar isu-isu semasa terkini, dan yang lebih penting untuk ahli supaya sentiasa cakna dan peduli tentang isu-isu dunia yang kian hangat diperkatakan mutakhir ini.

Saudara Tengku Fakhruddin dan Saudara Ahmad Afif Zuhdi dijemput khas oleh DPMZ sebagai ahli panel bagi menerangkan kepada seluruh ahli tentang sejarah kedua-dua negara sekaligus menerangkan isu terkini yang sedang hangat dimainkan di media-media utama seluruh dunia.

Program seperti ini sangat penting untuk seluruh ahli supaya tidak ketinggalan dalam memerhati dan mengkaji sejarah serta mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan realiti dan tribulasi yang berlaku beberapa ketika ini.

Pihak DPMZ sentiasa berusaha memberikan wadah yang terbaik untuk ahli-ahli menggarap dan mencengkam lumat perkara yang boleh meningkatkan thaqafah dan input-input berkualiti untuk dijadikan panduan.

0 comments:

Sahabat