Saturday, September 17, 2011

Tasfiah : DPMZ Mendoakan Kejayaan Mahasiswa Pengajian Islam Tahun Akhir

Posted by UPP DPMZ On 12:10 PM No comments



ZAGAZIG, 17 Sept - Mahasiswa pengajian Islam tahun akhir yang berbaki satu atau dua subjek bakal menduduki peperiksaan tasfiah yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.



Peperiksaan tasfiah tersebut merupakan penentu bagi mahasiswa pengajian Islam samada akan berjaya menamatkan pengajian atau mengulang tahun akhir.

DPMZ dan PMRAM mendoakan kejayaan bagi kesemua mahasiswa pengajian Islam yang akan menduduki peperiksaan tasfiah. 

Semoga kejayaan akan diperolehi dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan dapat dicurahkan kepada saudara-saudara kita di tanah air.

Kejayaan mahasiswa pengajian Islam merupakan kegembiraan bagi pihak PMRAM dan DPMZ kerana bertepatan dengan agenda pendidikan yang dibawa oleh PMRAM selama ini dengan subtajuk daripada ucapan Presiden PMRAM sendiri iaitu "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

Pihak DPMZ mengharapkan kepada seluruh ahli supaya bersama-sama mendoakan kejayaan buat mahasiswa pengajian islam zagzazig dan juga perubatan yang bakal berjuang dalam peperiksaan tasfiah mahupun dur thani.

0 comments:

Sahabat