Sunday, August 5, 2012

Maidah Rahman Dan Garis Panduannya Daripada HISBAH

Posted by UPP DPMZ On 4:27 PM No comments


Saban tahun , bumi Zagazig tidak pernah sunyi daripada maidah rahman oleh warga arab khusus pada bulan ramadhan untuk merebut pahala berbuat kebajikan yang telah dijanjikan besar ganjarannya. Ini adalah satu sunnah yang telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW dan telah berkembang sehingga sekarang dan ia perlu dihidupkan supaya galakan unutk berbuat kebajikan dapat dirialisasikan khusus pada bulan ramadhan. 


Oleh hal yang demikian pihak Hisbah DPMZ memandang isu ini sebagai isu yang perlu diberi perhatian khusus kepada mahasiswi yang berada di bumi Zagazig. Ini disebabkan maidah rahman yang disediakan oleh warga arab terlalu banyak dan tidak terkawal serta mempengaruhi masa yang sepatutnya bagi mahasiswi berada di rumah atas faktor keselamatan dan ketetapan daripada pihak Hisbah DPMZ. 

Justeru itu , pihak Hisbah DPMZ telah menetapkan beberapa garis panduan keselamatan khusus bagi mahasiswi yang ingin menikmati juadah berbuka puasa di maidah rahman. Ini berdasarkan kepada satu kaedah yang diajar iaitu ‘ menolak kerosakan lebih diutamakan daripada mencari maslahat ‘. Antara garis panduan maidah rahman yang telah ditetapkan  khusus untuk mahasiswi ialah :
  
1)      Mestilah di bawah makluman dan pantauan di peringkat DPMZ.
2)      Mahasiswi mestilah menggunakan khidmat musyrif sebagaimana yang telah ditetapkan pada waktu malam.
3)      Jika ada jemputan daripada mana-mana warga arab atau doktor kuliah  mestilah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi DPMZ untuk sebarang tindakan.
4)      Tidak berlaku sebarang percampuran yang tidak syar’ie antara ikhwah dan akhawat sama ada sebelum , semasa dan selepas.
5)      Majlis berbuka puasa  yang melibatkan percampuran ikhwah dan akhawat yang bukan atas nama rasmi dan tidak diketahui umum adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Memartabat Kelimuan Memimpin Kesatuan" 

Muhamad Zul Azri Bin Zainal
Ketua Unit Hisbah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012

0 comments:

Sahabat