Sunday, August 5, 2012

Sejarah Maidah Rahman

Posted by UPP DPMZ On 4:39 PM No comments



Maidah rahman atau secara mudahnya hidangan ataupun khemah-khemah  juadah berbuka puasa yang  disediakan khusus serta bagi meraikan golongan-golongan yang berbuka puasa. Ini merujuk kepada keberadaan kita di bumi mesir apabila warga arab seringkali mengadakan maidah rahman sebagai salah satu perkara yang lazim bagi mereka untuk merealisasikan galakan berbuat kebajikan di dalam bulan ramadhan.

Sejarah telah membuktikan bahawa perkara ini atau maidah rahman ini bukanlah perkara baru yang berlaku kepada masyarakat umat Islam dan telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW iaitu apabila Rasulullah SAW telah memberikan makanan atau juadah berbuka puasa kepada golongan kafir yang telah memeluk Islam ketika itu iaitu di Thaif.

Begitu juga perkara ini telah berkembang daripada permulaan yang dibuat oleh Baginda Rasulullah SAW kemudian diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A pada tahun 71 hijrah apabila Saidina Umar telah membina satu tempat yang dinamakan ‘ Dar Ad-Dhiyafah ‘ khusus untuk meraikan golongan yang berpuasa pada bulan ramadhan sehinggalah berkembang kepada zaman ‘ Al wali ‘atau pembesar  atau ‘ Muassis Ad-Daulah At-Thuluniyah di negara Mesir pada tahun ke 4 hijrah iaitu Sultan Ahmad At-Thuluni yang mana kalau kita lihat kepada sejarah diceritakan bahawa Sultan Ahmad telah membina satu tempat untuk meraikan mereka yang berbuka puasa yang mana bukan sahaja pada salah satu hari sahaja dalam bulan ramadhan akan tetapi dijalankan secara berterusan bermula daripada permulaan ramadhan sehinggalah pada akhir ramadhan. Diceritakan juga bahawa Sultan Ahmad apabila beliau menyediakan tempat ini , maka beliau akan menjemput seluruh umat Islam untuk hadir dan sebelum berbuka puasa beliau telah berucap dan memberi peringatan kepada umat Islam. Antara ucapan yang telah beliau ucapkan ialah :

“Bukanlah semata-mata aku menyediakan tempat ini untuk juadah berbuka puasa , dan bukan perkara itu yang aku inginkan , akan tetapi aku menyediakan tempat ini adalah untuk aku mengajar manusia iaitu bagaimana jalan manusia untuk berbuat baik. Dan aku mengetahui manusia ini telah lalai dari melaksanakan perkara-perkara yang baik  , maka aku melaksanakan perkara tersebut supaya manusia menyedari akan kepentingan berbuat baik atau menghidupkan perkara-perkara yang baik yang telah lama ditinggalkan oleh manusia khususnya pada bulan ramadhan dan aku meyeru kepada seluruh umat manusia supaya membuka rumah-rumah mereka untuk diterima oleh para tetamu dan menyediakan makanan-makanan yang baik supaya perkara tersebut dapat diberikan kepada golongan fakir miskin supaya mereka dapat merasai sebagaimana orang-orang biasa” .

Oleh hal yang demikian , maidah rahman adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW yang perlu dihidupkan khususnya pada bulan ramadhan ini yang mana ganjaran dan kelebihannya yang terlalu besar sehinggkan Allah SWT menyimpan rahsia kelebihan ramdhan ini di akhirat kelak. Ini adalah merupakan salah satu daripada hikmah ramadhan yang tinggi nilainya seluruh alam khususnya umat Islam sehinggalah membuahkan taqwa yang menjadi nilaian harga diri manusia yang palin bernilai di sisi Allah SWT. Wallahua’lam.  

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Mohd Zainullah Bin Mohd Pauzi
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012

0 comments:

Sahabat