ZAGAZIG, 29 Ramadan 1434H - Pihak Dewan
Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah mengadakan ifthor jamie (majlis
berbuka puasa) untuk warga Malaysia yang masih berada di Zagazig. Majlis ifthor
tersebut diadakan bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall yang bermula jam
6 petang.
Saudara
Zulhaiqal bin A.Rahim menjadi khalifah bacaan tahlil menjadi agenda pertama
sebelum majlis berbuka puasa. Selesai berbuka ringan solat maghrib berjemaah
didirikan beserta takbir raya yang diimami oleh saudara Mohd Amirul Adli bin
Othman.
Selepas
itu, majlis berbuka puasa dan diakhiri dengan takbir raya beramai-ramai serta
perutusan raya Aidilfitri 1434H Presiden Perubatan 2013 yang disampaikan oleh
saudara Muhammad Adib bin Omar, Naib Pengerusi
1 Perubatan Cawangan Zagazig.
Semoga
ukhuwwah yang dibina kekal berpanjangan dan beristiqamah mengekalkan ibadah
pada bulan ramadan serta menambahkan kualiti ibadah pada bulan-bulan yang lain.
“Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan”
0 comments:
Post a Comment