Friday, August 9, 2013

Tarbiyah Dilalui Kemenangan Disyukuri

Posted by UPP DPMZ On 3:55 PM No comments



ZAGAZIG, 29 Ramadan 1434H - Malam Ambang Syawal 1434H dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diimami oleh saudara Muhamad Nasuha bin Mohd Zakariah bertempat di Zagazig Malaysian students Hall. 

Kemudian, saudara Umar Izudin bin Mhd Ramli mengimami solat sunat tasbih berjemaah. Ia bertepatan dengan tema LEBARAN ’13 iaitu ‘Tarbiyah Dilalui, Kemenangan Disyukuri’ yang mana solat sunat tasbih tanda memuji illahi atas kemenangan yang akan diraikan pada 1 Syawal.

Selesai menunaikan solat sunat tasbih,  diadakan ucapan lebaran setiap wakil batch ikhwah dan juga akhawat sambil menikmati juadah buah-buahan dan juga biskut raya. Majlis itu turut dihadiri ayahanda salah seorang mahasiswi Perubatan, Universiti Zagazig iaitu En. Adnan. Beliau juga berasa sungguh gembira dan teruja kerana menyambut hari raya Aidilfitri buat pertama kali bersama keluarga di bumi Mesir.


Akhir sekali, taklimat solat raya dan juga kaifiat solat raya yang disampaikan oleh saudara Mohd Amirul Adli bin Othman, Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ sesi 2012/2013 kepada warga Malaysia yang hadir. Majlis tamat pada jam sekitar 10.30 malam.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

0 comments:

Sahabat