Tuesday, August 13, 2013

Kemeriahan LEBARAN '13 di Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 9:12 PM No comments

ZAGAZIG, 5 Syawal 1434H - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah mengadakan program Lebaran Eidul Fitri Zagazig 2013 (LEBARAN '13) di Zagazig Malaysian Students Hall di bawah anjuran Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ sesi 2012 / 2013.

Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan majlis perasmian LEBARAN '13.Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh saudara Ahmad Qutaibah bin Mohamed, Bendahari Kehormat PMRAM 2013 selaku perasmi LEBARAN '13 merupakan Badan Pengurus PMRAM Angkat bagi DPMZ.


Agenda seterusnya adalah penerangan isu semasa yang bertajuk 'Syawal Dan Mesir' telah disampaikan oleh saudara Abd Muin bin Abd Manan. Banyak perkara yang dikongsikan dan antara kupasan tersebut berkaitan berita dan maklumat yang diputar belit oleh media-media kerajaan sementara mahupun beberapa media yang menyebabkan rakyat mesir terus menolak kerajaan sah dibawah pemerintahan Dr Muhammad Mursi.


Penerangan isu ini sangat manfaat bagi warga malaysia khususnya di Zagazig agar segala fakta diketahui sumbernya dan tidak melihat sesuatu isu tanpa pengkajian. Agenda seterusnya berbentuk persembahan yang dipengerusikan oleh saudara Fizree dan saudara Zul Azri yang memeriahkan majlis. Hadiah cabutan bertuah diberi pada tetamu yang hadir diperingkat ikhwah dan akhawat.

Persembahan dimulakan dengan persembahan tradisional iaitu tarian dabus dari PMRAM Cawangan Perak, taakhi zon C. Persembahan seterusnya sekali lagi melibatkan PMRAM Cawangan Perak iaitu pertunjukkan seni mempertahankan diri iaitu silat.


Agenda terakhir adalah persembahan dari Nasyid dari Ajkt DPMZ dan dua buah nasyid dipersembahahkan serta turut bersama Presiden PMRAM saudara Abdul Aziz Bin Ali. Kehadiran turut dimeriahkan oleh PMRAM Cawangan Perak, PMRAM Cawangan Johor, PMRAM Cawangan Damanhur serta pelajar-pelajar Zagazig sendiri.
 
Majlis diakhiri dengan jamuan raya dan hadirin bersurai sekitar jam 2.00 petang. Semoga program ini memberi kesan ukhuwwah sesama kita dan sentiasa mengingati saudara kita biarpun dalam suasana berhari raya.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

0 comments:

Sahabat