ZAGAZIG, 19 Ogos 2013 -
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah menganjurkan Munajat Perdana
‘Selamatkan Mesir’ pada hari Isnin, 19 Ogos 2013 bersamaan 12 Syawal 1434H. Munajat
perdana ini serentak diadakan di seluruh PMRAM cawangan yang lain selepas
maghrib.
Program
bermula pada 6.20 petang di Zagazig Malaysian Students Hall dan kehadiran
digalakkan kepada mahasiswa yang tinggal di sekitar Salam Sadnawi sahaja, bagi
mahasiswa Malaysia yang berada di luar Salam Sadnawi dan mahasiswi Malaysia disarankan
untuk mengadakan munajat tersebut di premis masing-masing.
Saudara
Umar Izudin Bin Mhd Ramli telah mengimami solat Maghrib berjemaah beserta doa
qunut nazilah untuk mendoakan kesejahteraan saudara SeIslam di Mesir. Di mana
berlakunya pertembungan antara rakyat dengan tentera setelah rampasan kuasa ke
atas Dr. Muhammad Mursi, Presiden Mesir.
Selesai
solat maghrib berjemaah, diadakan pula solat sunat hajat diimami oleh saudara Zul Haiqal Bin Abd
Rahim dan zikir munajat untuk
memohon agar segala perjalanan urusan keselamatan dipermudahkan serta
mengharapkan keampunan Yang Maha Esa .
Selepas daripada
itu, agenda diteruskan dengan bacaan hizib bahar secara berjemaah dikhalifahkan
oleh saudara Anas Zharif Bin Harun. Tujuan bacaan tersebut bagi mendoakan
kembalinya keamanan Mesir dan menjauhkan segala kerosakan serta segala bentuk
kezaliman. Ia bertepatan dengan dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud “Doa
adalah senjata orang mukmin”, dan ini menunjukkan keistimewaan doa di dalam
semua perkara serta pengharapan penuh pada Allah Yang Satu.
Kemudian,
saudara Mohd Shobri Bin Mat Yaakub, Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa
Zagazig sesi 2012/2013 telah memberi
penerangan isu semasa berkaitan situasi Mesir agar semua tetamu yang hadir
sentiasa mendapat maklumat semasa.
Munajat
Perdana ‘Selamatkan Mesir’ diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan bersurai. Pihak
DPMZ mengharapkan warga Malaysia khususnya di Zagazig cakna isu keselamatan dan
sentiasa mematuhi pekeliling yang dikeluarkan.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
0 comments:
Post a Comment