“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)
Keselamatan mahasiswa terancam..... Rumah Perak yang terletak di Hayyu Sabiek dipecah masuk buat kali keempat
27 FEBRUARI 2010/12 RABIUL AWWAL 1431H : Satu insiden terjadi di Wisma Darul Ridzuan A, di mana dipecah masuk oleh seorang berbangsa Arab yang tidak dikenali. Insiden tersebut berlaku sebaik sahaja selesai Solat Jumaat, iaitu pada jam 1.15 tengahari.
Prihatin..... Dr Zulkarnain (kiri) bersama-sama Naib Presiden 3 PMRAM, Us Zuhaili Saiman dan Ketua Badan Ekonomi PMRAM Us Azlan Alias
Zagazig, 20 Februari2010 : Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman sambil ditemani Saudara Nik Rosdi, Ketua Lajnah Muhafazah dan Saudara Azlan Alias, Ketua Badan Ekonomi, telah menziarahi salah seorang mangsa kemalangan yang berlaku di salah satu kawasan di Zagazig. Mangsa tersebut merupakan salah seorang mahasiswa perubatan cawangan Zagazig.
Maulidur Rasul..... satu peringatan bagi kelahiran junjungan mulia kekasih Allah
Sempena menyambut Maulid Baginda Rasulullah SAW, Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ akan mengadakan sambutan di Dewan Darul Wehdah pada malam ini.Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan disusuli dengan Majlis Perasmian Dewan Darul Wehdah oleh Presiden PMRAM.Seluruh ahli DPMZ dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.Kedatangan anda amat dialu-alukan.Bagi ahli mahasiswa pula, anda dijemput untuk menyertai qiamullail pada sebelah malamnya.
Badan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (BKKS) PMRAM akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden PMRAM pada 1-4 Mac 2010.Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak berpuluh tahun yang lalu.Skuad Kuda Putih Zagazig akan menyertai kejohanan ini.Format kejohanan pada tahun ini ialah 11 orang pemain.Nantikan kemunculan Skuad Zagazig pada Mac ini......
ISTAD TANTA, TANTA, SELASA, 23 FEBRUARI 2010/9 RABIUL AWWAL 1431H : Skuad Bola Sepak Kuda Putih Zagazig telah menentang juara bertahan Piala Presiden PMRAM, skuad Tanta di dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di bandar Tanta.Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan Skuad Kuda Putih bagi menghadapi Kejohanan Piala Presiden PMRAM
Khusyuk..... peserta mahasiswa menumpukan sepenuh perhatian kepada pengisian yang
diberikan penceramah
DEWAN DAR WEHDAH, 14 FEBRUARI 2010 : Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah menganjurkan Kolokium Ilmuan PMRAM siri pertama yang dirasmikan oleh Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain, Program yang bermula jam 10.00 pagi ini telah dihadiri lebih dari 90 orang peserta dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Teguh ukhuwwah..... para peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang negeri serta pengajian menjalin silaturrahim di Sinai
SEMENANJUNG SINAI, 8-10 FEBUARI 2010 : Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan jaulah ke Semenanjung Sinai yang disertai oleh 49 peserta terdiri dari ahli DPMZ, 9 ahli DPMDM (Damanhur) dan 3 mahasiswa Jordan.Musyrif bagi kembara ini ialah Ustaz Muhammad Mursyid Shafiee.Rehlah ini bertujuan untuk meneguhkan ukhuwwah sesama mahasiswa, menjejaki sirah anbiya` serta mengenali bumi Mesir dengan lebih dekat.
SUKEZ 10 bermula..... Timbalan Presiden PMRAM Us Shahrizan Hazimie menyempurnakan gimik perasmian
ISTAD SYARQIAH, 13 FEBUARI 2010 : Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah mengadakan aktiviti tahunan DPMZ iaitu Sukan Keluarga Zagazig (SUKEZ).Program dimulakan pada jam 8 pagi dengan upacara perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Hazimie.
Seluruh ahli Zagazig yang disayangi sekelian, sejak akhir-akhir ini kita sering diberitakan mengenai kes-kes yang melibatkan warga Malaysia yang berlaku disekitar kita. Antara yang berlaku ialah kes kecurian motor, handset, beg duit dan sebagainya, Dan yang paling merungsingkan kita ialah kes cabul yang dilakukan oleh warga arab yang tidak berakhlak terhadap akhawat-akhawat kita.
Blog Unit Dakwah & Pembangunan Insan kini menghadapi sedikit masalah. Sebarang posting tidak dapat diupdate naik secara automatik didalam info terkini dan masih dalam proses membaik pulih. Untuk pengisian bagi Unit ini boleh terus dilayari dengan menekan pada kekunci Unit Dakwah & Pembangunan Insan.. Segala kesulitan amat dikesali syukran...
"Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu. Pemuda yang banyak masa lapang(tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu" – Pepatah Arab
Apa nak buat cuti ni? Sudahkah anda mengemas rumah anda? Bilik anda Barang – barang anda? Ketahuilah sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.Kebersihan adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan di tuntut oleh islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman penyebab Allah kasih kepada kita. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.
16 februari 2010. Zagazig. Seramai 12 orang pelajar perubatan Zagazig telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 5.15pm. Kemalangan berlaku apabila knderaan yang mereka naiki untuk menghadiri seminar perubatan di Kaherah telah merempuh pembahagi jalan lalu terbalik sejurus selepas pemandu van terbabit cuba mengelak dari melanggar sebuah teksi. Mangsa yang tercedera ialah pemamdu van iaitu Ammu Azim, Mohd Zulkarnain bin Mohd Nor cedera dibahagian tangan kanan, W.Arislan Nasrullah W.Omar, W.Muhammad Faiz W.hassan, N.Muhammad Fitri Nik Afendi, Syazwan Mohd Noor, kesemua mereka cedera ringan, manakala yang lain dilaporkan stabil.
Perhatian kepada seluruh ahli DPMZ, notis berikut adalah merupakan penggunaan cop kelulusan rasmi DPMZ untuk iklan.Sila rujuk notis yang tertera di atas untuk mengetahuinya.Sebarang permasalahan atau iklan yang memerlukan cop perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung DPMZ, Ustaz Dzulnawawi Munawer.
12 Februari 2010, Dewan Dar Wehdah. Seramai 70 peserta telah mengambil tempat dalam pertandingan Explorace DPMZ 2010. Seawal jam 3 petang para peserta telah berkumpul di Dewan baru DPMZ bagi menunaikan solat asar berjemaah seterusnya berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk bagi menghadapi cabaran ini. Pengerusi DPMZ Ust Muhammad Hanif Jamaluddin telah melepaskan para peserta untuk berentap tepat jam 4.45 petang sejurus selepas memberikan taklimat khusus mengenai Explorace DPMZ 2010.
Kolokium Ilmuan PMRAM anjuran Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ akan diadakan pada 14 hari bulan februari 2009 bermula jam 9.00 pagi bertempat di dewan baru DPMZ.Seluruh Mahasiswa di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di jemput untuk mengikuti program yang bermanfaat ini
Perhatian, sila lihat di ruangan Kebudayaan, Kesenian & Sukan untuk mengetahui penyertaan anda bagi Kumpulan Explorace & Rumah Sukan untuk Sukan Keluarga Zagazig (SUKEZ 2010). Harap maklum.
CAIRO INTERNATIONAL CONFERENCE CENTRE, KAHERAH (CICC), 6 JANUARI 2010/23 SAFAR 1431H : Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan Jaulah Festival Buku Antarabangsa Kaherah Ke-42.Jaulah ini telah disertai oleh sekitar 18 orang peserta.Jaulah ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada ahli tentang Festival Buku Antarabangsa yang merupakan festival buku terbesar di seluruh dunia, menggalakkan para peserta mencintai ilmu dan membantu para peserta membeli buku dalam jumlah yang banyak.
Ceria... Pasukan "Pembersih Dewan" gembira selepas misi berjaya
MANSYIAH SALAM, ZAGAZIG, 31 JANUARI & 1 FEBUARI 2010/16 & 17 SAFAR 1431H : Syukur Alhamdulillah, akhirnya DPMZ telah berjaya mendapatkan sebuah dewan di kawasan Mansyiah Salam setelah perbincangan bersama tuan rumah membuahkan hasil.Dewan ini pada asalnya merupakan sebuah garaj dan terletak berhampiran dengan kawasan pertanian dan beberapa imarah yang menjadi kediaman ahli-ahli DPMZ dari kalangan ikhwah.